Netizen terkejut roti canai kosong RM9 sekeping, ‘gila betul, tepung dari luar negara ke’

Meskipun premis terletak di kawasan pelancongan tanah tinggi dan lokasi dianggap standard, harga terbabit didakwa terlalu mahal

1:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Harga makanan terlalu mahal dan tidak masuk akal dengan jenis hidangan dipesan, bukan isu baru dan seharusnya diambil tindakan tegas sekiranya benar ia ‘mencekik darah’.

Terkini, tular di media sosial gambar sekeping roti canai kosong yang dikatakan dijual terlalu mahal, iaitu RM9 sekeping, berbanding harga kebiasaan dikenakan untuk hidangan itu di mana-mana presmis restoran yang tidak melebihi RM2 sekeping.

Keterangan di hantaran itu mangatakan, lokasi premis makanan berkenaan terletak di sebuah kawasan pelancongan tanah tinggi di Malaysia.

Melalui senarai harga hidangan dipesan pelanggan seperti tertera pada resit bertarikh 26 Disember 2023 itu, nasi lemak kosong dijual RM10 sepinggan, roti canai telur (RM11 sebiji) dan roti canai kosong (RM9).

Jumlah harga perlu dibayar pelanggan itu untuk sepinggan nasi lemak kosong, sekeping roti telur, dua keping roti canai kosong dan dua juadah tambah, dengan termasuk caj perkhidmatan enam peratus adalah RM45.

“Roti canai kosong RM9 sekeping. Nak tanya kenapa kalau jual dekat Genting Highlands auto mahal, tepung dari luar negara ke?

“Kalau macam ni Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) boleh ambil tindakan tak,” soalnya individu terbabit sambil meletakkan pautan ke akaun X kementerian berkenaan.

Sejak dimuatnaik tengah malam tadi, hantaran itu dilihat 433,000 pengguna, dengan kira-kira 1,300 ulang ciap dan ratusan komen.

Walaupun rata-rata pengguna mengakui harga dikenakan pihak premis di kawasan pelancongan dan percutian kebiasaannya lebih mahal sedikit, RM9 untuk sekeping roti canai kosong sememangnya tidak logik kerana terlalu mahal

Ada juga netizen yang berkongsi situasi mereka berdepan harga premis dianggap sangat mahal dan tidak berbaloi dengan jenis hidangan dinikmati.

“Orang tak nak bercuti dalam Malaysia sebab nilah. Semua benda mahal nak mampus,” kata seorang pengguna.

“Air kosong dekat Pantai Cenang RM5 secawan,” dakwa individu lain.

“Kat Genting Highlands kena pandai pilih kedai…,” komen @moon.

“Dari dulu memang tak faham. Kenapa tempat pelancongan harga jauh tinggi daripada dekat kedai biasa. Rasanya bahan yang digunakan sama saja dari segi kos,” tulis @anom.

“Peh gila eh dua keping RM18,” kata netizen lain.

“Ooo tu sebab tepung tu dia bawa dari bawah jalan kaki naik Genting Highlands, tu yang mahal,” gurau seorang individu.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen berpendapat pilihan untuk menikmati makanan mahal atau lebih murah terletak di tangan individu apabila premis sudah mempamerkan harga hidangan.

“Dah memang mahal kalau makan di tempah hiburan, taman tema dan lapangan terbang. Bukan hanya di Malaysia, seluruh dunia pun sama,” kata @wen5371.

“Genting Highlands adalah tempat privasi dan ditambah anda makan di lobi hotel, jadi tak akan nak jangka harga mamak ke,” ujar seorang netizen. – 27 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related