Kepung Demi Palestin: Peserta tetap dirikan khemah berhampiran Kedutaan AS

Walaupun polis melarang mereka berbuat demikian, peserta berharap tiada sekatan dikenakan bagi mencapai matlamat program untuk menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin

2:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peserta himpunan Kepung Demi Palestin nekad mendirikan khemah berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini, sebagai tanda solidariti kepada rakyat di Gaza yang berdepan kekejaman Israel, walaupun pihak polis melarang mereka daripada berbuat demikian.

Malah, mereka mendirikan khemah kira-kira satu kilometer (km) daripada pintu masuk kedutaan itu, susulan pihak polis memasang garisan kuning bagi menghalang peserta himpunan mendekati lokasi berkenaan.

Seorang peserta, Ahmad Hani Ahmad Hariza, 24, berkata, dia dan beberapa rakan tetap mengambil keputusan mendirikan khemah untuk bermalam di sekitar kawasan itu, bagi menunjukkan solidariti berterusan terhadap rakyat Palestin.

Ahmad Hani Ahmad Hariza (kiri) dan rakannya, Abdulla Almujahid sanggup bermalam dalam khemah berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat demi solidariti kepada Palestin. – Gambar Scoop, 27 Disember, 2023

“Kami pasang khemah ini sebagai tanda solidariti, ia tidak akan mengertak Kedutaan AS terhadap solidariti yang kita perjuangkan kalau kita terus mengalah. 

“Nak melawan dengan kuasa besar dunia bukan mudah jadi kita tak boleh mengalah, malah sebenarnya perjuangan rakyat Malaysia akan nampak lemah jika dibandingkan dengan solidariti ditunjukkan penduduk negara luar, seperti di UK (United Kingdom) yang sangat konsisten.

“Kami harap lebih ramai rakyat Malaysia akan turun sama-sama menyokong perjuangan ini,” katanya ketika ditemui Scoop, malam tadi.

Sementara itu, aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM), Gandipan Nantha Gopalan, 27, berkata, sebagai satu daripada penganjur bersama, pihaknya cuba berbincang denga pihak polis agar gerakan himpunan berkenaan dapat mara sehingga ke Kedutaan AS.

“Usaha ini (solidariti) juga adalah selaras dengan pandangan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang sangat kritis dengan situasi di Palestin.

“Walaupun polis tidak benarkan kami pergi ke Kedutaan AS, kami tetap akan berkhemah berdekatan kawasan ini.

“Harap polis tidak buat sekatan dan program aman ini akan dapat berjalan lancar,” katanya.

Gandipan Nantha Gopalan di hadapan khemah didirikan sambil memegang plakad tertera ‘Free Palestine’ berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat. – Gambar Scoop, 27 Disember, 2023

Terdahulu, ratusan peserta himpunan itu berarak menuju ke Kedutaaan AS bagi mendesak sekutu Israel itu menggesa dan menuntut supaya genjatan senjata segera dilakukan rejim Zionis.

Penganjur Himpunan Kepung Demi Palestin, Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) berkata, antara agenda mereka adalah mendirikan khemah dan bermalam di hadapan Kedutaan AS selama enam hari sehingga 31 Disember ini sebagai tanda solidariti kepada Palestin. – 27 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related