Kepung Demi Palestin: Ratusan peserta berarak ke Kedutaan AS, desak gencatan senjata

Turut hadir, pemimpin masyarakat dan NGO yang bukan sahaja melaungkan kata-kata solidariti terhadap Palestin, malah mengecam Israel serta sekutunya AS

10:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Hancur Zionis, Free Palestin’!

Itu laungan bersemangat dilontarkan peserta himpunan Kepung Demi Palestin yang berhimpun di hadapan Menara TH di sini, malam ini.

Setakat jam 10.30 malam, kira-kira 300 peserta dilihat memenuhi lokasi sebelum mereka beramai-ramai berarak ke Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) bagi menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Turut hadir, bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang mendesak Israel dan AS segera melakukan gencatan senjata.

Bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua turut menunjukkan semangat solidariti beliau terhadap rakyat Palestin dengan menyertai Himpunan Kepung Demi Palestin malam ini. – Gambar Azim Rahman/Scoop, 26 Disember, 2023

“Kita datang dari semua kaum (untuk himpunan ini).

“Tidak kira fahaman politik untuk satu tujuan dan matlamat yang sama.

“Kita tuntut supaya pembunuhan beramai-ramai ini dihentikan! Ini adalah konflik dunia bukan semata-mata isu agama Islam,” katanya.

Menurutnya, kedutaan AS dipilih sebagai tempat berhimpun selama lima hari sehingga 31 Disember ini, disebabkan sokongan pihak terbabit yang membenarkan Israel terus melakukan kekejaman di Gaza.

“Why US? (Kenapa Kedutaan AS), sebab ia adalah penyumbang terbesar kepada Israel dari segi kewangan dan bekalan senjata.

“Tindakan AS yang menggunakan kuasa veto di UN (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) menolak genjatan senjata adalah melanggar hak kemanusiaan sejagat.

“Kita desak gencatan senjata dilakukan sekarang!” katanya. – 26 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related