Galak kanak-kanak main banjir sebagai ‘kenangan indah zaman kecil’, exco Terengganu dikecam

Kenyataan itu bukan sahaja disifatkan pelik dan tidak bertanggungjawab, tetapi juga sebagai wakil rakyat, dia dianggap patut menghalang penduduk daripada risiko kemalangan, penyakit bawaan air

5:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkongsian hantaran didakwa dimuat naik exco kerajaan pembangkang, Dr Azman Ibrahim yang seolah-olah ‘menyokong’ dan ‘menggalakkan’ kanak-kanak bermain air banjir, dikecam hebat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Marina Ibrahim berkata, kenyataan dibuat ecxo kerajaan Terengganu itu bukan sahaja tindakan ‘pelik’, malah sangat tidak bertanggungjawab.

Katanya, kenyataan pemimpin politik terbabit yang menganggap aktiviti bermain air banjir dalam kalangan kanak-kanak adalah kenangan indah zaman kecil seseorang tidak sepatutnya dikeluarkan.

“Pelik bila seorang exco kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan sebegini. Sangat tak bertanggungjawab.

“Jangan dinormalisasikan perkara yang tak ok,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Berkongsi kisah lalu, Marina berkata, ketika kecil beliau dan kakaknya pernah bermain air banjir, tetapi dimarahi jiran kerana ia membahayakan keselamatan mereka.

“Aku dulu masa kecil duduk dekat Jalan Omar Kluang. Waktu banjir, aku dengan akak aku cuba berkuak lentang dekat belakang rumah. Keluar jiran askar, dia hambat aku dengan akak aku masa tu.

“Kau tahu tak bawah air tu kaca ke benda tajam je, air banjir ni bukan main-main, sakit nanti. Kau masuk rumah. Itulah pertama kali aku terus rasa takut dan tak berani,” katanya.

Marina berkata, sejak detik itu, beliau sendiri akan menegur sekiranya ada kanak-kanak bermain air banjir kerana perbuatan terbabit boleh mengundang bahaya dan penyakit.

“Hari itu pun aku ada marah seorang budak, bila banjir air tandas semua keluar, dia dok renang-renang dalam air dekat rumah yang berkeladak. Benda ni semua undang penyakit,” katanya.

Pada masa sama, beliau meminta masyarakat, termasuk exco terbabit supaya lebih bertanggungjawab dalam tindakan dan kata-kata bagi mengelakkan ia memberi mudarat kepada kanak-kanak.

“Kita kena bertanggungjawab. Zaman sekarang zaman media sosial, semua orang boleh akses internet akses berita. Bagaimana kalau galakan sebegini diambil oleh orang di kawasan lain yang (berdepan) banjir dengan rasa ‘owh, rupanya ok untuk main banjir. Sebahagian dari chilhood memory’.

“Takkan kita tak baca berita kanak-kanak lemas sebab main air banjir dan di bawa arus?” soalnya.

Terdahulu, ciapan dan video dimuat naik Dr Azman di platform X menarik perhatian ramai, dengan rata-rata mengkritiknya kerana ia seperti menggalakkan kanak-kanak bermain air banjir.

Video berdurasi 19 saat itu, memaparkan kelibat individu seakan-akan beliau sedang melihat tiga kanak-kanak lelaki bermain aktiviti air banjir.

Dua daripada mereka yang masing-masing menunggang dan membonceng motosikal dalam banjir, menarik seorang kanak-kanak sedang duduk menggunakan pelapik di atas air.

“Childhood memory (memori zaman kanak-kanak).

“Nikmatilah zaman kanak-kanak seadanya. Kalau masa boleh diputar kembali, Pok Cik Man pun nak kembali semula ke zaman ini,” katanya membayangkan keterujaan diri melakukan aktiviti bermain air banjir ketika kecil.

Sementara itu, menerusi ruangan komennya, rata-rata netizen menempelak kenyataan terbabit yang dianggap tidak bertanggungjawab kerana ia adalah berbahaya.

“Jangan dinormalisasikan benda yang bahaya hanya untuk menggamit memori, Nak bergembira ada caranya. Cuba perhati juga risiko yang bakal melanda. Budak-budak main motor dalam banjir. Belum lagi kalau orang tanya lesen mana?” kata @dli85.

“Sepatutnya menteri tempat tu malu la! Layan penduduk macam ini. Mengambil mudah semua benda,” tulis seorang pengguna.

“Kesimpulannya isu banjir Terengganu tak pernah selesai sejak dia kecil. Seorang YB galakkan aktiviti berbahaya sewaktu banjir yang patut dielak. Seorang YB yang patut selesaikan masalah banjir seakan mahu isu banjir kekal untuk cipta ‘childhood memory’. Inilah level pemimpin PAS,” ujar individi lain.

“Sakit ke apa dia ini, tengah-tengah banjir dia suruh nikmati zaman kanak-kanak,” kata @afiqueamirul.

“Rakyat tengah susah hang kalut nak ingat balik childhood memory,” respon @cipanji.

“Bahaya kan tu, sebagai exco dan YB kawasan anda patut halang, risiko kemalangan, penyakit bawaan air,” kata @Syazril. – 26 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related