Berselindung di sebalik NGO, ketua sindiket dadah terbesar Sabah diberkas

Individu terbabit adalah antara 10 orang kanan dan ahli sindiket ‘gergasi dadah’ itu di Sabah yang ditahan dalam operasi dilancarkan Bukit Aman dengan kerjasama Esscomm

2:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas seorang penaung badan bukan kerajaan (NGO) di Sabah yang disyaki bergelar ketua sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah terbesar di negeri berkenaan, semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, individu itu antara 10 orang kanan dan ahli sindiket yang ditahan dalam operasi dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman secara besar-besaran pada jam 2.30 pagi di Sabah, bagi membanteras aktiviti terbabit.

Katanya, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

“Satu operasi khas dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik dalam membanteras satu sindiket dadah paling besar di Sabah, (dan) dalam operasi ini beberapa serbuan dibuat di sekitar Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna.

“Hasil daripada operasi ini, seramai 10 lelaki yang merupakan ketua sindiket dan ahlinya berjaya ditahan dan tangkapan ini membabitkan ketua sindiket yang berusia 40 tahun yang juga ahli perniagaan yang sebelum ini pernah ditangkap, diambil tindakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Merbahaya (LPK).

“Ketua sindiket ini dikesan memainkan peranan sebagai penaung badan bukan kerajaan di Sabah bagi melindungi aktiviti haram,” katanya menerusi sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata, sindiket itu dikesan beroperasi sejak 2015 dan risikan menunjukkan, ia adalah sindiket terbesar di Sabah dan mempunyai jaringan antarabangsa dan tempatan

Sindiket itu, katanya, mendapat bekalan dadah syabu dari negeri jiran di Semenanjung untuk diedarkan ke pasaran di seluruh Sabah, Filipina dan Indonesia.

Menurutnya, modus operandi digunakan sindiket itu adalah mendapat bekalan dadah dari negeri jiran dan dibawa ke Sabah dengan menggunakan keldai dadah menerusi syarikat penerbangan komersial melalui kiriman secara kargo.

“Bekalan dadah ini kemudian disimpan di Sabah sebelum diagihkan untuk kegunaan di pusat hiburan di negeri ini, sebelum diseludup kepada pembeli di Filipina dan Indonesia,” katanya.

Ayob Khan berkata, polis juga akan mengambil pendekatan untuk menyiasat dan mengenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Insya-Allah kita dapat merampas wang tunai dan aset sindiket ini. Kita juga menyiasat kemungkinan sindiket ini terbabit dalam aktiviti penyeludupan kontra bank dalam barangan bersubsidi ke Malaysia, Indonesia dan Filipina.

“Kita dapati sindiket ini miliki pelbagai aset seperti kenderaaan mewah, banglo, 12 syarikat peniagaan dalam bidang pelancongan, pembinaan, petrol kimia, minyak dan gas, selain feri serta rangkaian restoran,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai sembilan lagi individu ditahan dalam operasi terbabit, Ayob Khan berkata, ia turut membabitkan dua individu yang masing-masing berumur 36 tahun, iaitu ahli perniagaan dan 48 tahun (pembantu peribadi kepada ketua sindiket) yang juga ahli kanan sindiket berkenaan.

Jelasnya, turut ditahan adalah seorang penjawat awam berumur 44 tahun, iaitu warga agensi penguatkuasa yang memainkan peranan sebagai transporter bagi sindiket berkenaan.

Selain itu, beliau berkata, seorang individu berumur 34 tahun yang bekerja sebagai buruh dan menjadi keldai dadah untuk aktiviti terbabit.

“Seterusnya, dua individu, masing-masing berumur 32 tahun, iaitu penyelia tapak dan 45 tahun (pengarah urusan rangkaian restoran) yang menguruskan aspek kewangan sindiket ini.

“Dua lain individu (ditahan) berumur 30 dan 31 tahun, iaitu seorang penganggur yang menjadi pengedar dadah bagi sindiket ini dan terakhir seorang individu berumur 48 tahun, seorang penganggur yang berperanan sebagai tonto bagi memantau aktiviti sindiket dadah ini.

“Kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan Kesalahan Jenayah Terancang dan kita menggunakan prosedur Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2010 (SOSMA), dengan siasatan ini dikendalikan sepenuhnya JSJ Narkotik Bukit Aman,” katanya. – 26 Disember, 2023

Topics

Hangat

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Zhijie’s tragic death underscores crucial BAM-IJN partnership for athlete health

Incident a 'wake-up call' for importance of comprehensive health checks among athletes, medical assessments should be mandatory across all national sports associations, says BAM president

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Related