Tiada permohonan anjur piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’: Polis

Polis mengesahkan tidak menerima sebarang permohonan permit daripada penganjur Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) bagi mengadakan piket berkenaan

6:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis setakat ini tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak berhubung penganjuran piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ yang akan diadakan di sekitar Kedutaan Amerika Syarikat di sini, bermula esok hingga Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan permit daripada penganjur Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) bagi mengadakan piket berkenaan.

Sementara itu, SSP dalam kenyataan hari ini memaklumkan piket yang membabitkan 48 badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan secara aman, sebagai respons rakyat Malaysia yang cintakan keamanan terhadap krisis genting yang menuntut tindakan segera.

Piket itu bertujuan menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan, gencatan senjata dilaksanakan segera, kekal dan tanpa syarat, menghentikan pertempuran untuk menangani keperluan segera orang awam di Gaza dan pengiktirafan hak rakyat Palestin untuk sebuah negara berdaulat.

Menurut SSP, piket itu yang disertai aktivis dari organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar serta kelompok politik dari pelbagai spektrum akan berkumpul di sekitar Kedutaan Amerika Syarikat selama enam hari. 

“Aksi bertindak ini akan diadakan secara aman. Kami (SSP) akan membuka khemah dan tinggal di khemah sepanjang piket, selain mengadakan acara-acara solidariti setiap malam dan memasang bendera dan simbol perjuangan rakyat Palestin,” menurut kenyataan itu. 

SSP menyasarkan 30 hingga 50 peserta esok, dan menjangkakan jumlah itu akan bertambah pada hari berikutnya. – 25 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related