Kes bunuh Zayn Rayyan ubah suasana Apartmen Idaman menjadi suram, polis giat cari bukti

Taman permainan yang dulunya riuh dengan kanak-kanak kini ‘hilang seri’ walaupun sudah masuk cuti persekolahan

2:24 PM MYT

 

PETALING JAYA – Bagai perumpamaan ‘seperti negeri dialahkan Garuda’, keheningan dan kegelapan menyelubungi pekarangan Apartmen Idaman sejak penduduk dikejutkan dengan pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin Zaim Ikhwan Zahari pada 6 Disember lalu.

Walaupun sudah 19 hari sejak kanak-kanak berusia enam tahun itu dibunuh dengan kejam dan ditemukan tidak bernyawa di kawasan anak sungai kira-kira 100 meter dari kawasan rumahnya, namun penduduk masih menaruh harapan pembunuh akan ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Baru-baru ini Scoop menemui Norfaisal Zaman Idris selaku Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Penduduk Apartmen Idaman (NAIRA) bagi mengikuti perkembangan terkini di kawasan tersebut.

Norfaisal Zaman Idris berkata, penduduk Apartment Idaman bersedia menunggu langkah-langkah selanjutnya dan tetap akan bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa – Zaidatul Syreen Abdul Rashid/Scoop, 25 Disember, 2023

Menyusuri kenangan tahun-tahun sebelum kejadian itu berlaku, Norfaizal yang telah menetap di Blok E Apartmen Idaman sejak dua dekad lalu berkata, setiap kali musim cuti persekolahan, suasana di kawasan tersebut sentiasa ceria dengan kanak-kanak bermain, berlari penuh kegembiraan dan ketawa.

Namun sejak tragedi menimpa Zayn Rayyan, Norfaisal berkata, hanya kelibat pihak berkuasa yang jelas kelihatan di pekarangan kediaman berkenaan.

“Walaupun pada ketika ini cuti penggal persekolahan telah bermula, suasana di sini sudah lain, susana dah tak macam dulu-dulu, sekarang sunyi sangat.

“Depan unit saya ni ada parit besar, budak-budak ni semua akan terjun ramai-ramai mandi, main beramai-ramai. Seronok tengok budak-budak enjoy, menjerit-jerit,” katanya.

Katanya, buat masa ini, kemungkinan juga penduduk cenderung jarang meninggalkan rumah kecuali untuk urusan yang penting atau pekerjaan disebabkan oleh keinginan mereka memberikan ruang kepada pihak berkuasa melakukan siasatan secara menyeluruh.

Tambahnya, selain itu, penduduk bersedia menunggu langkah-langkah selanjutnya dan tetap akan bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa.

Walaupun cuti sekolah, namun kawasan Apartment Idaman lengang, hanya kelibat pihak berkuasa yang jelas kelihatan di pekarangan kediaman berkenaan – Alif Omar, 25 Disember, 2023

“Kami berasa hampa sebab sehingga hari ini si pelaku belum diberkas tetapi kami masih ada penuh harapan dan tidak pasrah.

“Kami percaya PDRM (Polis Diraja Malaysia) sedang melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan kes ini dan mereka tidak putus-putus bekerja tanpa henti.

“Penduduk di sini berterima kasih dengan komitmen yang ditunjukkan oleh PDRM,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau mengenali Zayn Rayyan dan kenangan terindah mengenai kanak-kanak itu, Norfaisal berkata: “Saya dan penduduk sini selalu nampak arwah bermain di taman permainan kanak-kanak, ada satu buaian dia selalu duduk, kadang-kadang dia lalu (berjalan) depan blok E ni dengan ibunya.

“Arwah sentiasa kelihatan gembira. Saya rasa sedih dan pilu sangat, teringat-ingat dekat arwah sebab dia seorang budak yang tidak bersalah. Seorang budak yang tidak tahu apa-apa dan kenapa harus dilakukan sebegitu ke atasnya,” tegas Norfaisal sambil mata berkaca menahan sebak.

Norfaisal telah menetap di Apartmen Idaman sejak 22 tahun lalu dan kejadian yang menimpa Zayn Rayyan merupakan pembunuhan tragis pertama yang berlaku di kawasan tersebut.

Pada masa ini, pihak berkuasa melakukan rondaan secara berkala di kawasan itu setiap beberapa jam.

Selain itu, unit seperti Cawangan Khas dan Unit Forensik kelihatan giat menyiasat dan memeriksa persekitaran Apartmen Idaman sehingga kini. – 25  Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related