Umno perlu kerap turun padang beri penjelasan: Anwar

Parti itu perlu menjelaskan beberapa perkara, terutama hubungan baik dengan DAP

6:48 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati Umno untuk kerap turun padang bertemu ahli akar umbi dan rakyat bagi memberi penjelasan berkenaan beberapa isu yang membelenggu parti itu terutama mengenai hubungan baik dengan DAP.

Beliau yang juga Presiden PKR dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, perkara tersebut perlu dilakukan jika Umno mahu memulihkan parti itu yang kini dilihat semakin hilang sokongan.

“Dia bukan benci Umno tetapi dalam kalangan penyokong Umno, dia kata Umno ni telah keluar landasan kerana kerjasama dengan DAP.

“Sentimen menentang DAP memang kukuh dan kuat dalam kalangan saya kira orang-orang Melayu. Umno ni masalah dia kerana baik dengan DAP dan isu ni dia kena jelaskan kerana DAP itu mewakili majoriti etnik Cina,” katanya pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Media Cetak dan Dalam Talian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan yang diajukan Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkenaan adakah PH masih memerlukan Umno untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 memandangkan sokongan terhadap parti itu dilihat semakin merosot.

Anwar berkata, hubungan parti-parti di dalam PH dengan Umno adalah amat baik pada masa ini.

“Dengan umur saya sekarang ni, saya tidak senang dengan apa-apa kegiatan pengkhianatan. Saya yakin dengan kepimpinannya, mereka Umno memberikan sokongan yang kuat dan hubungan kerja juga sangat baik.

“Kalau Umno turun ke bawah sepertimana mereka lakukan sekarang, saya yakin dia dapat dipulihkan dan sekarang ada petanda-petanda begitu,” katanya. – 23 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related