Meninggal dunia akibat makan sandwic basi: PKD Kemaman siasat premis di R&R Perasing

Beberapa sampel makanan serta swab peralatan dan pengendali makanan telah diambil untuk membantu siasatan

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kemaman menjalankan siasatan terhadap premis di kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing, Kemaman, Terengganu bagi mengenal pasti punca seorang wanita berusia 54 tahun yang mengalami gejala keracunan selepas memakan makanan dipercayai telah basi.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, beberapa sampel makanan serta swab peralatan dan pengendali makanan telah diambil untuk membantu siasatan dan pihak jabatan masih menunggu keputusan sampel-sampel tersebut.

“Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Terengganu ingin merujuk kepada isu yang tular di Facebook berkenaan kes yang disyaki mengalami gejala keracunan makanan yang dikatakan berpunca daripada makanan di R&R Perasing, Kemaman.

“Terlebih dahulu pihak jabatan ini ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah. PKD Kemaman telah menerima satu notifikasi kes keracunan makanan melibatkan seorang wanita berusia 54 tahun yang telah mengalami gejala keracunan makanan akibat memakan makanan yang telah dibeli di R&R Perasing, Kemaman.

“Mangsa mula mengalami gejala sakit perut, cirit-birit dan muntah selepas memakan makanan yang dipercayai telah basi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi mengenai kes tersebut di Facebook melibatkan ibu saudaranya yang meninggal dunia akibat makan sandwic basi yang dibeli di R&R Perasing.

Wanita itu menulis: “Kena keracunan makanan, dua mangsa, makcik (ibu saudara) dan anak buah tetapi makcik yang teruk. Kritikal, muntah dan cirit-birit, pitam, masuk ICU (Unit Rawatan Rapi) dan meninggal dunia. Kepada peniaga, tolonglah bertanggungjawab sediakan makanan bersih.”

Mengulas lanjut, Dr. Kasemani bekata, pihak jabatan memandang serius mengenai kes keracunan makanan dan menasihati pengendali makanan supaya sentiasa menitik berat aspek kebersihan serta keselamatan makanan dan minuman yang dijual serta memastikan makanan disediakan bersih serta selamat bagi mengelakkan kes keracunan makanan.

“Orang ramai perlu sentiasa mengamalkan keselamatan makanan dengan memilih premis makanan yang bersih. Selain itu, orang ramal juga dinasihatkan supaya mengamalkan konsep lihat, hidu dan rasa sebelum makan untuk mengelakkan memakan makanan yang telah basi.” katanya. – 23 Disember, 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Related