Beberapa kawasan di Kelantan dijangka banjir bermula Ahad, penduduk diminta waspada

Ramalan awal banjir tersebut dikeluarkan susulan amaran hujan berterusan tahap buruk oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini

8:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa daerah di Kelantan dijangka dilanda banjir bermula Ahad ini hingga Isnin.  

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan malam ini memaklumkan ramalan awal banjir tersebut dikeluarkan susulan amaran hujan berterusan tahap buruk oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini. 

Daerah yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. 

Menurut JPS ia membabitkan lembangan Sungai Golok, Sungai Kelantan, Sungai Pengkalan Nangka, Sungai Gali, Sungai Kemasin dan Sungai Semerak di daerah-daerah berkenaan. 

JPS turut memaklumkan banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh yang dijangka dan penduduk di kawasan terlibat diminta berwaspada, peka dengan arahan pihak berkuasa serta mendapatkan maklumat semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my atau laman Facebook PublicInfoBanjir

“JPS akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir monsun sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan sungai tersebut,” menurut jabatan itu. – 23 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related