MRCB mulakan urus niaga hartanah RM527.93 juta dengan PKNS

Langkah itu bagi melaksanakan pembangunan menara pejabat yang akan dikenali sebagai 'Tower' 2 di PJ Sentral Development daripada PKNS dengan tanah keluasan kira-kira 3.69 hektar

11:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah menandatangani beberapa perjanjian dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memperoleh dan melupuskan hartanah bernilai RM527.93 juta.

MRCB melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata anak syarikat milik penuhnya, PJ Sentral Development Sdn Bhd (PJSD) bercadang untuk mendapatkan hak pembangunan menara pejabat di PJ Sentral Development yang bernilai RM270 juta.

“Langkah itu bagi melaksanakan pembangunan menara pejabat yang akan dikenali sebagai ‘Tower’ 2 di PJ Sentral Development daripada PKNS dengan tanah keluasan kira-kira 3.69 hektar,” katanya.

Cadangan pengambilalihan itu akan membolehkan MRCB mendapatkan semula hak pembangunan dan merancang pembangunan yang lebih holistik dalam pembangunan semasanya di PJ Sentral.

MRCB, melalui MRCB Sentral Properties Sdn Bhd, akan melupuskan Plaza Alam Sentral Mall di Shah Alam kepada PKNS dengan harga RM178 juta.

Sementara itu, MRCB Seputeh Land Sdn Bhd (MSL) serta Excellent Bonanza Sdn Bhd (EBSB), kedua-duanya subsidiari milik penuh MRCB, telah memeterai beberapa perjanjian jual beli dengan PKNS untuk melupuskan unit kediaman yang terletak di Vivo Residence @ 9 Seputeh (Vivo Residence), Tria Seputeh dan The Residences di St Regis Kuala Lumpur (The Residences) pada harga RM79.93 juta.

MSL akan melupuskan 11 unit di Vivo Residence dan 20 unit di Tria Seputeh, manakala EBSB akan menjual 13 unit di The Residences.

MRCB berkata penjualan pusat beli-belah dan unit kediaman itu akan membolehkannya melupuskan aset bukan teras dan inventorinya untuk memberi tumpuan kepada pembangunan semasa syarikat. – 22 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related