Renong-UEM saga: Skandal RM2.3 bilion ada kaitan dengan Daim?

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang membawa kepada penyitaan bangunan mercu tandanya, Menara Ilham, semalam berkemungkinan terkait dengan perjanjian kontroversi Renong-UEM yang sudah lama wujud.