Penumpang disaran tiba di KLIA empat jam sebelum berlepas: MAHB

Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA menjangkakan purata pergerakan penumpang masing-masing sebanyak 79,200 orang dan 66,400 orang hingga akhir tahun

5:47 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Penumpang yang ingin berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan domestik dan antarabangsa pada musim puncak perjalanan dan tempoh perayaan ini disarankan supaya tiba awal sekurang-kurangnya empat jam sebelum berlepas.

Nasihat perjalanan yang dikeluarkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini memaklumkan musim cuti kebiasaannya menyaksikan peningkatan mendadak jumlah penumpang dan tiba awal di lapangan terbang akan membolehkan penumpang melepasi proses pendaftaran, pemeriksaan keselamatan dan pelepasan dengan kelewatan minimum. 

Menurut kenyataan itu, Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA menjangkakan purata pergerakan penumpang masing-masing sebanyak 79,200 orang dan 66,400 orang hingga akhir tahun.

Menurut MAHB ketika ini KLIA Terminal 1 sedang dalam proses menaik taraf sistem pengendalian bagasi iaitu sebahagian daripada program penggantian bagi meningkatkan kecekapan operasinya.

“Naik taraf ini merupakan inisiatif penting untuk mengekalkan dan menambah baik keseluruhan infrastruktur lapangan terbang dan kerja-kerja berterusan ini mungkin menyebabkan masa lebih lama diperlukan untuk urusan pemprosesan di pelbagai tempat di dalam lapangan terbang,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu  penumpang digalakkan untuk bekerjasama dengan petugas lapangan terbang dan syarikat penerbangan sepanjang tempoh berkenaan selain memberi lebih masa untuk menampung kelewatan yang tidak dijangka.

“Malaysia Airports amat menghargai timbang rasa dan kesabaran semua penumpang kerana kerja-kerja naik taraf yang dilaksanakan ini bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan cekap pada jangka masa panjang,” menurut kenyataan itu. – 22 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related