SPRM kesan mangsa sindiket penjualan Darjah Kebesaran Pingat Persekutuan palsu

Setakat ini, SPRM telah mengenal pasti tujuh mangsa sindiket itu dengan lima daripadanya telah tampil memberi keterangan

12:12 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) giat mengesan mangsa-mangsa penipuan sindiket penjualan Darjah Kebesaran Pingat Persekutuan palsu yang ditumpaskan awal bulan ini.

Menurut sumber, difahamkan mangsa berkenaan telah diperdaya oleh seorang lelaki yang memegang jawatan utama dalam sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Lelaki terbabit telah disiasat oleh SPRM baru-baru ini, namun agensi penguat kuasa memerlukan mangsa lain untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi berkata setakat ini, pihaknya telah mengenal pasti tujuh mangsa sindiket itu dengan lima daripadanya telah tampil memberi keterangan.

“Pihak kami percaya masih ada beberapa mangsa yang perlu tampil untuk membantu melengkapkan siasatan,” katanya.

Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Muhammad Aiman Jamil menerusi talian 03-88700473 atau 017-2820484.

Pada awal Disember ini, SPRM menahan reman enam individu termasuk dua wanita dan presiden sebuah NGO berumur antara 30-an hingga 50-an kerana disyaki terbabit dengan sindiket penjualan Darjah Kebesaran Pingat Persekutuan palsu yang membawa gelaran Tan Sri dengan bayaran kira-kira RM2 juta. – 22 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related