2 maut akibat tercampak ke dalam longkang dalam nahas 3 kereta

Kemalangan pada jam 6.23 pagi itu melibatkan tujuh orang dengan lima daripada mereka mengalami kecederaan

8:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Dua orang maut selepas tercampak ke dalam longkang dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di PSN Sultan Ibrahim, Bandar Baru Klang, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, kemalangan pada jam 6.23 pagi itu melibatkan tujuh orang dengan lima daripada mereka mengalami kecederaan.

“Tiga kenderaan yang terlibat ialah sebuah kereta Perodua Bezza, sebuah kereta Honda City dan sebuah MPV Toyota Camry.

“Dua mangsa telah tercampak ke dalam longkang dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan,” katanya di sini hari ini.

JBPM berkata, operasi menyelamat itu telah diketuai oleh Komander Operasi, Rafizi Taib bersama anggota dari Balai Bomba Polis Sungai Pinang.

Mayat dua mangsa kemalangan itu, katanya telah diserahkan kepada polis. – 22 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related