Undang-undang syariah Terengganu masih boleh dakwa lelaki goda isteri orang

Sistem perundangan syariah adalah berbeza dengan undang-undang sivil kerana isteri dianggap milik suami sepenuhnya dan berdasarkan undang-undang Islam, suami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isteri

8:28 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Meskipun Mahkamah Persekutuan memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menggoda isteri orang, lelaki Islam di Terengganu masih boleh dikenakan tindakan atas perbuatan itu di bawah undang-undang jenayah syariah negeri berkenaan.

Ketua Hakim Syarie Terengganu Datuk Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata pelaku boleh didakwa mengikut Seksyen 43 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001 jika melakukan perbuatan itu. 

“Sistem perundangan syariah adalah berbeza dengan undang-undang sivil kerana isteri dianggap milik suami sepenuhnya dan berdasarkan undang-undang Islam, suami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isteri. 

“Menurut enakmen tersebut, mahkamah syariah boleh mengarahkan wanita terbabit kembali patuh kepada suaminya manakala tertuduh lelaki, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu Siri 2/2023 kepada 21 ibu tunggal di sini hari ini. 

Bagaimanapun Wan Mohd Zakri berkata setakat ini, Mahkamah Syariah di Terengganu belum merekodkan sebarang kes pendakwaan berhubung jenayah itu. 

Dianggap sebagai tidak berperlembagaan, Mahkamah Persekutuan pada 15 Dis lepas memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan selepas mendapati ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina yang bertentangan dengan Perkara 8(2).

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Panel itu membuat ketetapan berkenaan selepas membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan yang merujuk persoalan berhubung perkara tersebut iaitu sama ada Seksyen 498 tidak berperlembagaan kerana bercanggah dengan Perkara 8(1)(2) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kesaksamaan di sisi undang-undang dan diskriminasi jantina. – 21 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related