Hampir 2 juta kenderaan dijangka penuhi Lebuhraya sempena cuti Krismas, tahun baharu

Berdasarkan laporan pihak konsesi lebuhraya terbabit, sebanyak satu hingga dua juta kenderaan akan menggunakan lebuhraya bermula 23 hingga 26 Disember

7:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sebanyak satu hingga dua juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sempena perayaan Krismas dan sambutan tahun baharu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, susulan itu, kesesakan dijangka berlaku di lebuhraya terbabit sempena sambutan berkenaan.

“Berdasarkan laporan pihak konsesi lebuhraya terbabit, sebanyak satu hingga dua juta kenderaan akan menggunakan lebuhraya bermula 23 hingga 26 Disember.

“Ini memandangkan orang ramai mengambil kesempatan cuti persekolahan dan cuti perayaan serta sambutan tahun baharu untuk pulang ke kampung dan bercuti ke destinasi masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini memaklumkan pengguna lebuh raya akan menikmati tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Disember sempena sambutan Hari Krismas.

Menurut KKR, pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kenderaan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan lskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.

Mohd Azman berkata, petugas JSPT akan ditempatkan di kawasan panas yang dijangka akan berlaku kesesakan dan kemalangan, bagi memastikan aliran trafik lancar dan terkawal.

“JSPT juga sentiasa berkolaborasi bersama pihak konsesi lebuhraya supaya tindakan penyuraian kesesakan aliran trafik dapat disegerakan sekiranya berlaku kes kemalangan.

“Pengguna lebuhraya diminta peka dengan maklumat trafik semasa dan kemudahan-kemudahan yang boleh digunakan sekiranya menghadapi masalah kecemasan di lebuhraya.

“Semua pengguna dinasihatkan supaya merancang awal perjalanan serta sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya. – 21 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Related