Pemegang kad OKU di Lembah Klang nikmati tambang percuma pengangkutan awam kendalian Prasarana mulai 1 Feb

Ia adalah penambahbaikan berbanding pas konsesi sebelum ini yang menawarkan diskaun sebanyak 50% ke atas tambang perjalanan untuk penumpang OKU, kata Anthony Loke

12:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberikan tambang percuma kepada pengguna OKU yang menggunakan perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana di Lembah Klang bermula 1 Februari 2024.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia adalah penambahbaikan berbanding pas konsesi sebelum ini yang menawarkan diskaun sebanyak 50% ke atas tambang perjalanan untuk penumpang OKU.

“Mekanisme pelaksanaan tambang percuma untuk warga OKU seperti kelayakan, terma dan syarat ini akan diumumkan oleh Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dalam masa terdekat.

“Ia adalah inisiatif yang penting walaupun memberikan implikasi kewangan kepada Prasarana dan hasil berkurangan namun kita telah meminta Prasarana memaklumkan kepada lembaga bahawa tanggungjawab sosial adalah penting, selari dengan prinsip Madani,’’ katanya ketika berucap sempena Pelancaran Projek Perintis Koc Wanita di MRT Laluan Kajang di sini hari ini.

Inisiatif Koc Wanita ini melibatkan penggunaan sebahagian daripada gerabak dua dan tiga untuk dijadikan Koc Wanita.

Pelekat khas yang berwarna merah jambu dipasang di empat daripada 16 pintu platform dan tren.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, RapidKL dan RapidPenang juga menyediakan perkhidmatan van khusus untuk penumpang OKU yang dikenali sebagai Rapid Mobility.

“Van berkenaan dipasang dengan lif hidraulik untuk membolehkan penumpang dalam kerusi roda menaiki kenderaan dengan mudah dan dengan hanya satu panggilan, van ini akan membawa penumpang OKU dari rumah ke destinasi pada harga berpatutan.

“Walaupun tidak mendapat perhatian orang awam namun perkhidmatan ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan penumpang OKU dan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meluaskan perkhidmatan itu kepada bandar lain,’’ katanya. – 21 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Cops to call up 13 varsity students who joined Jan 25 anti-graft rally

Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia rep says this includes three from Sabah who would have to fly to KL; summoned rallygoers may meet police together on Sunday to receive notice

Related