KPDN ambil tindakan, siasat restoran jual lauk sotong manis RM50

Premis turut diberi Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) mengikut Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011

10:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah mengambil tindakan terhadap sebuah restoran di Kota Kinabalu yang didakwa menjual lauk sotong manis pada harga RM50.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Sabah, Zulfamy Mat Udi berkata, premis berkenaan dikenakan tindakan dan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana meletakkan harga mengelirukan serta tidak jelas.

Menurut beliau, premis itu turut diberi Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) mengikut Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

“Kita telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut terhadap sebuah restoran di kawasan Kota Kinabalu yang menjual lauk sotong manis berharga RM50 pada hari ini.

“Bertindak atas aduan, sepasukan anggota penguat kuasa KPDN telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan secara fizikal di premis diadu. Berdasarkan pemeriksaan, premis tersebut ada menunjukkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk sotong manis.

“Walau bagaimanapun, kita menasihatkan pemilik premis supaya memaklumkan harga dengan lebih jelas dari segi saiz sotong manis tersebut. Sebagai contoh, berapa harga untuk sotong manis saiz kecil, sederhana dan besar. Penandaan harga lebih khusus ini untuk mengelakkan kekeliruan pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Scoop melaporkan seorang pelanggan terkejut apabila dia dikenakan caj RM50 bagi seekor sotong manis oleh sebuah restoran di Kota Kinabalu, Sabah.

Menerusi perkongsian Hussin TJ Abdullah di Facebooknya, dia memuat naik gambar sepinggan nasi berlauk sotong manis dan sayur tauge bersama resit dengan jumlah keseluruhan makanan yang dinikmati berharga RM75.

Dalam hantaran tersebut, individu terbabit turut mendedahkan nama restoran yang dikunjunginya itu.

Zulfamy berkata, restoran itu diminta untuk memberi maklum balas dalam tempoh dua hari untuk menjelaskan mengenai dakwaan berkenaan.

“KPDN juga menasihatkan orang ramai supaya bertanya terlebih dahulu kepada peniaga atau menyemak senarai harga yang dipamerkan sebelum mengambil makanan, bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan,” katanya. – 20 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related