Maaf, ucapan Merry Christmas kini dibenarkan: Berry’s Cake House

Pengurusan premis bakeri itu berkata, halangan dibuat sebelum ini kerana salah faham syarat pensijilan halalnya

7:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kemelut berhubung ucapan ‘Merry Christmas’ di atas kek di Berry’s Cake House berakhir apabila pihak pengurusannya membuat permohonan maaf.

Menerusi kenyataan dimuat naik di pintu premis bakeri itu di cawangan SS2, pihak pengurusannya memohon maaf kerana menyalah tafsir syarat ditetapkan di sijil halalnya, sehingga menyebabkan ia menghalang pekerja daripada menulis ucapan Krismas pada kek dipesan pelanggan.

“Kejadian ini berlaku disebabkan salah tafsir kami mengenai keperluan pensijilan halal kami.

“Susulan penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), tiada halangan bagi pemegang sijil halal untuk menulis ucapan sambutan Krismas pada kek untuk dibawa pulang pelanggan.

“Kami amat gembira untuk mengambil pesanan dengan ucapan sambutan perayaan ini,” kata notis itu.

Kenyataan permohonan maaf pihak pengurusan Berry’s Cake House kerana menyalah tafsir syarat ditetapkan di sijil halalnya, sehingga menyebabkan ia menghalang pekerja daripada menulis ucapan Krismas pada kek dipesan pelanggan. – Gambar media sosial, 20 Disember, 2023

Pada 16 Disember, seorang kakitangan Berry’s Cake House mengesahkan bahawa premis bakeri itu tidak akan menulis ucapan Krismas pada pesanan kek dan sebaliknya, akan menawarkan kepada pelanggan kad topper ‘Season’s Greetings’.

Ia susulan gambar notis bertarikh 14 Disember dikemukakan sebuah premis bakeri itu yang diedarkan secara dalam talian, bagi menjelaskan bahawa larangan menyambut Krismas dengan menulis ucapan sambutan itu adalah untuk mematuhi sijil dan syarat halal syarikat, seperti ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bagaimanapun, Jakim memaklumkan tiada keperluan untuk mendapatkan sijil halal.

Di media sosial, beberapa netizen meluahkan ketidakpuasan hati kepada Berry’s Cake House, dengan menuduh ia memburukkan Jakim, manakala ada mengatakannya untuk publisiti murahan. – 20 Disember 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related