Bapa cedera parah ketika selamatkan anak daripada penculik

Suspek utama, seorang lelaki berusia 41 yang merupakan rakan kongsi kepada warga China itu, berjaya ditahan di hadapan Balai Polis Taman Pelangi, 8 malam hari yang sama

5:22 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Seorang warga China berstatus penduduk tetap di Singapura cedera parah ketika menyelamatkan anak lelakinya daripada diculik sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kereta pada 12 Dis lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dalam kenyataan berkata kanak-kanak berusia tujuh tahun itu terselamat dalam kejadian yang berlaku di sekitar bandar raya ini, kira-kira 4.30 petang.

Beliau berkata suspek utama, seorang lelaki berusia 41 yang merupakan rakan kongsi kepada warga China itu, berjaya ditahan di hadapan Balai Polis Taman Pelangi, 8 malam hari yang sama. 

“Suspek utama adalah ahli rakan kongsi kepada bapa kanak-kanak itu dan dia merancang bersama tiga lagi suspek untuk menculik kanak-kanak berkenaan.

“Suspek utama merancang mahu melakukan pemerasan wang sebanyak RM300,000 daripada mangsa. Bagaimanapun, tiada sebarang wang tebusan diberikan kepada suspek kerana polis berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek utama pada hari kejadian,” katanya.

Suspek yang bekerja sebagai mekanik itu dituduh mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret, di sini semalam.

Raub berkata pihaknya sedang mengesan tiga lagi suspek warga tempatan berusia dalam lingkungan 30an.

Sebelum ini, tular menerusi laporan portal mengenai kejadian culik melibatkan seorang warga Singapura yang mendakwa cedera termasuk kehilangan gigi, ketika menyelamatkan anak lelakinya daripada menjadi mangsa culik di daerah ini. – 20 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related