Kerajaan laksana kajian 3 bulan cari kaedah berkesan tangani isu jenayah dalam talian

Kajian akan dijalankan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)

3:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan akan menjalankan satu kajian menyeluruh mengenai prosedur serta kuasa bagi menangani aktiviti jenayah dalam talian secara komprehensif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kajian itu bagi memastikan keputusan dasar jelas dibuat berhubung dengan pindaan kepada perundangan sedia ada dan penggubalan undang-undang baharu berhubung perkara berkenaan.

Katanya, kajian akan dijalankan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) itu, turut berkaitan perbandingan dan konsultasi awam.

“Kajian itu dibuat dalam tempoh tiga bulan mulai Januari depan dengan kerjasama bersama ahli akademik di universiti tempatan.

“Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan dan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk terus menangani isu jenayah dalam talian, bagi memastikan kewujudan persekitaran digital yang selamat untuk rakyat,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, komitmen itu adalah sebahagian usaha giat dilaksanakan Kerajaan Perpaduan untuk memperkasakan undang-undang bagi membanteras aktiviti jenayah dalam talian.

“(Ini) sebagai tindak balas kepada cabaran semakin meningkat yang disebabkan ancaman jenayah dalam talian.

“Kerajaan Perpaduan menggiatkan usaha dan komitmennya untuk memerangi jenayah dalam talian melalui reformasi perundangan, selaras dengan peredaran masa serta perkembangan teknologi,” katanya.

Azalina berkata, satu mesyuarat dipengerusikan beliau sudah diadakan bersama dengan BHEUU, NFCC, Jabatan Peguam Negara (AGC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Jelasnya, mesyuarat itu bertujuan meneliti cabaran dan undang-undang sedia ada di bawah pelbagai kementerian dan/atau agensi yang berhubungan dengan ancaman jenayah dalam talian.

Mesyuarat itu juga, katanya, bagi mengenal pasti langkah perundangan komprehensif yang boleh membanteras jenayah terbabit.

“Setakat 30 November 2023, jumlah kerugian dilaporkan adalah sebanyak RM173,339,234.73.

“Selain itu, sebanyak 8,213 kertas siasatan oleh NFCC, PDRM, MCMC dan BNM dibuka membabitkan pelbagai peruntukan, antaranya termasuk 529 akaun yang dibekukan dengan nilai RM65,939,700.51,” katanya. – 20 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related