Hartalega Holdings jadi mangsa serangan siber “ransomware”, sistem intranet lumpuh

Beberapa aplikasi dan perisian syarikat itu kini tidak dapat diakses akibat serangan tersebut

3:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pengeluar sarung tangan nitril, Hartalega Holdings Bhd menjadi mangsa serangan siber berbentuk ‘ransomware’, menyebabkan kerosakan sistem intranet dan melumpuhkan operasi hariannya.

Menurut notis segera yang dihantar oleh pasukan teknologi maklumat (IT)nya kepada kakitangan anak syarikat milik penuh firma tersenarai dalam Bursa, Hartalega NGC Sdn Bhd dan Hartalega Sdn Bhd, beberapa aplikasi dan perisian kini tidak dapat diakses akibat serangan itu.

“Dukacita dimaklumkan bahawa syarikat kami sedang menghadapi gangguan sementara akibat serangan perisian siber luar. Akibatnya, semua aplikasi dan perisian, termasuk Hartanet, D365, Sistem Lantai, skrin QAI dan sebagainya tidak boleh diakses pada masa ini.

“Pasukan IT dan vendor kami sedang giat berusaha untuk menangani dan menyelesaikan situasi itu,” demikian menurut notis itu, yang dihantar pada jam 9.27 pagi semalam dan dilihat oleh Scoop.

Pasukan IT menambah bahawa pekerja diminta untuk menggunakan “proses manual” sehingga pemulihan penuh sistem dalamannya dicapai.

“Yakinilah bahawa kami mengambil serius perkara ini dan keselamatan sistem kami serta data anda adalah keutamaan kami. Kami akan memaklumkan perkembangan terkini kepada anda dan memberikan arahan selanjutnya jika perlu,” katanya.

Dalam notis berasingan yang dihantar pada jam 11.27 pagi hari yang sama, pasukan IT melabelkan pencerobohan itu sebagai “serangan ransomware” dan mengeluarkan arahan segera untuk pekerja menukar kata laluan Windows mereka serta membuka semula komputer peribadi atau komputer riba mereka.

“Langkah-langkah ini adalah penting dalam mengurangkan kesan serangan ‘ransomware’ dan melindungi sistem kami.

“Perhatian segera anda terhadap perkara ini adalah penting dalam mengekalkan keselamatan rangkaian dan data kami,” tambahnya.

Menurut sumber yang rapat dengan perkara itu, isu tersebut masih belum diselesaikan setakat berita ini ditulis.

Dalam respons kepada Scoop, jurucakap Hartalega Holdings berkata, syarikat itu mengalami “gangguan terpencil” yang menjejaskan sistem IT dalaman tertentu.

“Langkah-langkah yang perlu sudah diambil untuk menangani perkara ini dan kami jangka dapat menyelesaikannya tidak lama lagi dengan gangguan yang terhad,” katanya. — 20 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related