Harga kayangan! Pelanggan terkejut seekor sotong manis dicaj RM50

Pelanggan terbabit mendakwa dia menikmati hidangan itu di sebuah restoran di Kota Kinabalu, Sabah

2:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pelanggan terkejut apabila dia dikenakan caj RM50 bagi seekor sotong manis oleh sebuah restoran di Kota Kinabalu, Sabah.

Menerusi perkongsian Hussin TJ Abdullah di Facebooknya, dia memuat naik gambar sepinggan nasi berlauk sotong manis dan sayur tauge bersama resit dengan jumlah keseluruhan makanan yang dinikmati berharga RM75.

Dalam hantaran tersebut, individu terbabit turut mendedahkan nama restoran yang dikunjunginya itu.

“Hati hati kamu kalau makan sini, pandai tembak harga. Bukan saya seorang sahaja yang kena macam ni. Yang lain pun kena juga macam saya.

“Kepada yang belum pernah datang sini, kalau boleh janganlah datang. Kosong poket kamu nanti,” katanya.

Rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dengan harga hidangan tersebut yang disifatkan sebagai cekik darah.

“Sini memang orang pergi makanan sekali je. Lepas tu tak datang dah. Terkejut hari tu sampai RM20 lebih makan padahal tak ambil seafood (makanan laut),” kata Ahmad Aysraf Ahmud.

“Gila RM50 seekor sotong. Mahu cepat kaya ini tauke kedai. Ada resit kasi report je. Harga tak boleh terima akal,” kata Hishamarlya Samad.

“Kelmarin pun saya kena. Fikir yang baik-baik, mungkin owner mahu cepat naik umrah,” kata Mohd Shukri.

“Agak-agaklah sotong RM50. Dakwat emas kali sotongnya,” kata Melvin Wong.

Dalam pada itu, tidak kurang juga netizen yang menggesa pelanggan yang pernah menjadi mangsa kedai terbabit supaya membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Report KPND, boleh WhatsApp juga tu. Pergi website KPDN. Nanti orang lain yang kena kasihan pula. Tiada apa-apa tindakan bermaharajalela mereka tu,” kata Ra Yee Ma.

“Buat laporan bro… harga terlalu mahal,” kata Sky Walker. – 20 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related