Syarikat perkapalan gergasi Israel, ZIM dilarang berlabuh di pelabuhan Malaysia

Perdana Menteri berkata, larangan kekal terhadap syarikat itu berkuatkuasa serta merta.

11:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan dalam Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat tersebut berkuatkuasa serta merta.

Menurutnya, sekatan itu adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusian dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

“Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia.

“Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia.

“Namun, kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel juga tidak dibenarkan untuk berlabuh di negara ini.

Malah katanya, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di Pelabuhan Malaysia.

“Kedua-dua sekatan itu turut berkuatkuasa serta-merta. Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia,” katanya. – 20 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related