Ceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai, tiga pendaki sesat 9 jam

Ketiga-tiga lelaki berusia 20 hingga 30-an itu ditemukan selepas operasi SAR diaktifkan pada 4 petang melibatkan JPNJ, Balai Polis Kangkar Pulai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kangkar Pulai serta Malim Gunung Perhutanan

1:24 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Tiga pendaki, dipercayai menceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai di Kulai, sesat selama sembilan jam di hutan itu sebelum ditemukan selamat tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), Datuk Salim Aman berkata, ketiga-tiga lelaki berusia 20 hingga 30-an itu ditemukan selepas Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diaktifkan pada 4 petang melibatkan JPNJ, Balai Polis Kangkar Pulai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kangkar Pulai serta Malim Gunung Perhutanan (MGP).

Beliau berkata, mereka dipercayai menceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai melalui Taman Awam Bandar Baru Kangkar Pulai pada 9 pagi dan meneruskan pendakian ke Sungai Emas (Hutan Simpan Gunung Pulai) untuk menuju ke Tasik Biru Kangkar Pulai, namun gagal menemukan jalan keluar.

“Aduan diterima oleh Balai Polis Kangkar Pulai pada 4 petang, selepas mangsa membuat laporan sendiri menerusi panggilan telefon dan memaklumkan bahawa mereka tersesat serta tidak menjumpai jalan pulang.

“Difahamkan juga, mangsa kali pertama memasuki kawasan tersebut dan hanya mendapat maklumat daripada pendaki lain,” katanya.

Salim berkata, pendaki tersebut didapati tidak mempunyai permit untuk memasuki hutan simpan serta tanpa kawalan jurupandu atau MGP.

Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 47 Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1995 Negeri Johor, katanya.

Katanya, JPNJ telah mengumumkan penutupan trek pendakian Gunung Pulau bermula 20 November lalu, sekali gus menasihatkan orang ramai agar mematuhi larangan penutupan itu atas faktor keselamatan diri dan ketenteraman awam. – 19 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

MACC raids home of Ismail Sabri’s ex-aide, over RM100 mil cash seized

Source says authorities also confiscated documents, jewellery, electronic devices

Related