Hantaran video aibkan PM, polis siasat Papagomo

Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman

9:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan terhadap blogger, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris berhubung hantaran video live mengaibkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Disember lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya mengesan video bertajuk “DSAI Penyakit Misteri Tiada Penawar AIDS” yang dimuatnaik di saluran YouTube ‘Sir Azri’, milik Papagomo.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

“Kes masih diperingkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau komentar yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau mengingatkan orang ramai bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang menggunakan platform media sosial untuk mengulas atau memanipulasi sesuatu isu.

“Ini termasuk mengulas atau memanipulasi isu-isu sehingga menyentuh isu ketenteraman awam, prinsip moral, fitnah atau mengapi-apikan apa-apa kesalahan,” katanya. – 18 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related