Luah kerinduan mendalam, abang Zaharif Affendi syukur perkembangan positif kes

Menerusi Insta Story, dia menulis kata-kata kerinduan di video yang memaparkan adiknya itu sedang ketawa

9:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendakwaan bakal dikenakan hari ini ke atas seorang pegawai kanan polis berhubung kes langgar pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie hingga maut berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Khamis lalu, sedikit melegakan keluarga mangsa.

Menerusi Instagram Story tengah malam tadi, abang remaja itu, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, bersyukur dengan perkembangan positif kes kemalangan yang mengorbankan adiknya itu, seperti dimaklumkan Jabatan Peguam Negara.

Dengan memuatnaik foto kenyataan dikeluarkan jabatan itu semalam, dia memberi komen ringkas meluahkan kesyukuran dan berharap kes terbabit berjalan lancar.

“Alhamdulillah. Doakan urusan seterusnya dipermudahkan,” katanya.

Sementara itu, menerusi satu lagi Instagram Story, Zarul Fitri meluahkan kata-kata kerinduan mendalam terhadap Muhammad Zaharif Affendi menerusi video memaparkan adiknya sedang ketawa.

“Mat, hari ni dah 3 hari kau tinggalkan kitaorang (kami) semua. Sape nak habiskan makanan aku nanti? Siapa nak pakai perfume aku nanti? Siapa nak tolong isi angin kat tayar kereta aku? Sape nak tolong aku isi minyak? Siapa nak tolong aku nanti? Motor aku tu nanti siapa nak jaga? Siapa nak cakap ‘Along nak ni’, ‘Along belanja aku ni’.

“Aku rindu kau dik. Berehat lah kau dengan tenang kat sana. Nanti tunggu kitaorg semua kat sana. Nanti kau tarik kita satu family ke syurga ya. Al Fatihah Muhammad Zaharif Affendi bin Muhd Zamrie,” katanya.

Semalam, Jabatan Peguam Negara menerusi kenyataan memaklumkan, suspek yang berusia 44 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh berhubung insiden terbabit.

“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemuka dalam kertas siasatan, jabatan ini mendapati bahawa terdapat keterangan mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan terhadap suspek.

“Justeru, suspek akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302 di Mahkamah Majistret, Ipoh, pada Isnin 18 Disember 2023.

“Mahkamah Majistret kemudian akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes terbabit ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tujuan perbicaraan,” katanya..

Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah hari itu, Muhammad Zaharif Affendi, 17, yang juga pelajar SMK Jati, meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kereta berhampiran pintu pagar utama sekolahnya.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal, ingin pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan.

Terdahulu, Scoop melaporkan, Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan menerusi kenyataan berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat pelajar terbabit mendapati, punca kematian adalah kecederaan di dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya.

Beliau turut mengesahkan pemandu yang terbabit dalam kemalangan melanggar pelajar itu, adalah seorang anggota berpangkat pegawai kanan polis dari Kontinjen Kedah yang kemudian direman tiga hari sejak Sabtu lalu berhubung insiden berkenaan.

Jelasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawai sendiri sekiranya mempunyai bukti kukuh.

“Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan atau boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam,” katanya. – 18 Disember, 2023

Topics

Hangat

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Buddhist leader urges calm, constructive actions following offensive football fan posts

He acknowledges that posts were unkind, unprofessional, but no plans to lodge additional police reports

Related