Bapa Zaharif belum jamah makanan sejak peristiwa hitam

Muhd Zamrie berkata beliau tidak boleh berada dalam situasi tertekan kerana keadaan itu boleh menyebabkan dia rebah akibat mengalami masalah kesihatan

8:35 PM MYT

 

IPOH – Bapa pelajar lelaki 17 tahun yang maut dilanggar kereta, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, sejak peristiwa hitam itu sehinggalah hari ini tidak mampu menjamah makanan kerana sentiasa terkenang arwah anaknya Muhammad Zaharif Affendi.

“Sampai hari ini pun, dia (Muhd Zamrie) masih belum makan apa-apa, kecuali air (minum) sahaja. Dia tidak boleh makan… apabila teringat dekat anak, dia tak mampu nak suap makanan, nasi pun tak boleh, air saja yang boleh tampung,” kata ibu mangsa, Mimi Julia Ismail, 50, kepada pemberita di rumah mereka di sini hari.

Pada 15 Dis, tular di media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, di sini dipercayai dipandu oleh seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun.

Kemalangan kira-kira 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa Muhammad Zaharif Affendi, 17, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.

Mimi Julia dalam sebak menyatakan beliau masih tidak dapat menerima cara arwah anaknya itu meninggal dunia.

“Saya memang tidak boleh terima anak saya mati dibunuh. Kalau dia mati kerana merempit (menunggang motosikal secara berbahaya) pun saya tak kisah, tetapi dengan niat…. kenapa dia kena langgar sampai macam itu, polis pula itu, dia tahu undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Muhd Zamrie berkata beliau tidak boleh berada dalam situasi tertekan kerana keadaan itu boleh menyebabkan dia rebah akibat mengalami masalah kesihatan.

“Saya cerita berterus terang, saya baru sahaja lepas membuat operation bariatric, lebih kurang dalam satu tahun. Jadi masalah pemakanan saya memang kurang. Saya tak boleh di bawah tekanan, apabila bawah tekanan ataupun terlampau letih saya akan tumbang, itu sahaja,” katanya.

Petang semalam, Muhd Zamrie rebah semasa Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri tiba di kediamannya.

Beliau ditenangkan oleh Mohd Yusri serta orang sekeliling yang bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga berkenaan. – 17 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related