Kes pelajar tingkatan 5 maut dilanggar: Keluarga akan saman suspek, kerajaan dan PDRM

Peguam mewakili keluarga mangsa masih kumpul bukti bagi membawa kes saman ke muka pengadilan

5:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keluarga kepada Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pelajar tingkatan lima yang maut dilanggar pegawai polis di Ipoh, Perak akan mengambil tindakan saman sivil terhadap tiga pihak iaitu suspek, kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Peguam yang mewakili keluarga mangsa, Datuk Wan Azmir Wan Majid dari firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak berkata, setakat ini pihaknya masih mengumpul bahan bukti bagi membawa perkara itu ke muka pengadilan seperti yang dituntut pihak keluarga.

“Firma kami hari ini telah terima satu pelantikan daripada keluarga untuk membuat pemantauan kepada kes jenayah ini yang masih dalam siasatan.

“Selain itu, pihak keluarga juga akan mengambil tindakan (saman) sivil untuk mendapat pampasan berkenaan kejadian yang menimpa arwah.

“Tindakan sivil ini sama ada akan diambil terhadap si pelaku atau kepada kerajaan dan PDRM, kami (peguam) sedang kumpul bahan bukti untuk melihat sama ada ia berkait dengan tugasan pelaku sebagai pegawai polis atau sebagainya,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Mengulas mengenai dakwaan mengatakan pelaku tidak berada dalam tugasan ketika kejadian berlaku pada Jumaat lalu, Wan Azmir berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan perintah di mahkamah agar proses tindakan sama sivil terhadap ketiga-tiga pihak berkaitan itu dapat dilaksanakan.

“Boleh tak boleh itu (teruskan tindakan saman sivil kepada kerajaan dan PDRM), saya sedang cuba dapatkan di mahkamah.

“Takkan masa mereka pakai uniform sahaja dia (perlu) bertanggungjawab nak jaga kesejahteraan, kalau tak pakai uniform pun mereka kena 24 jam bertanggungjawab (jaga integriti sebagai anggota polis), barulah rakyat rasa selamat,” katanya yang meluangkan masa selama hampir dua jam bertemu dengan keluarga mangsa di kediaman mereka di Ipoh pada petang Ahad.

Menerusi pertemuan itu juga, Wan Azmir mengumpul keterangan daripada lima saksi yang melihat kejadian tersebut.

Menurut Wan Azmir Wan Majid, dalam pertemuan dengan keluarga Muhammad Zaharif Affendi hari ini, beliau sudah mengumpul keterangan daripada lima saksi yang melihat kejadian tersebut. – Gambar Bernama, 17 Disember, 2023

“Pada pertemuan hari ini juga, kami ambil beberapa keterangan dan bahan bukti daripada saksi-saksi di tempat kejadian.

“Saya difahamkan mereka (saksi) juga sudah tampil memberi keterangan kepada pihak polis,” katanya.

Kelmarin, Muhammad Zaharif Affendi, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari belakang oleh kereta dipandu suspek.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas pemandu terbabit tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa membuat bunyi bising ekzos ketika perjalanan pulang dari sekolah dengan menunggang motosikal jenis Yamaha.

Dikatakan, ketidakpuasan hati itu mendorong pemandu berkenaan mengejar motosikal ditunggang remaja tersebut kira-kira satu kilometer (km) sebelum melanggarnya dari belakang.

Akibat pelanggaran itu, mangsa yang masih lengkap berpakaian sukan sekolah terjatuh dari motosikal dan diseret kenderaan terbabit.

Saksi kejadian turut memaklumkan, pemandu kereta berkenaan kemudiannya berpatah balik ke lokasi untuk melihat keadaan mangsa sebelum beredar selepas menyedari kehadiran orang ramai.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. – 17 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related