Mohd Hasbie kekal Ketua Pemuda Amanah

Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid pula dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda Amanah bagi sesi 2023-2026

9:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Negara, Senator Mohd Hasbie Muda mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) bagi sesi 2023-2026 pada pemilihan sayap parti itu malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid pula dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda bagi tempoh sama.

Mohd Hasbie sebelum ini dilantik sebagai Ketua Pemuda Amanah pada 23 Oktober 2021 menggantikan Shazni Munir Mohd Ithnin yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada 6 Ogos tahun sama.

Pemilihan oleh 572 perwakilan malam tadi turut menyaksikan Muhammad Faris Arriffin, Mohammad Ammar Atan dan Mohd Zulhazmi Hassan dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda Amanah.

Selain itu, Dr Mohd Izzuddin Nazaruddin dipilih sebagai Speaker Pemuda Amanah dan Mohd Hazmir Suboh sebagai timbalannya, manakala Luqman Al Fudail Abdul Karim serta Muhamad Haris Abdul Omar sebagai juruaudit.

Mohd Hasbie dalam ucapan penangguhan Konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2023 merakamkan ucapan terima kasih atas pemilihan itu dan menzahirkan komitmen untuk memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang tiga tahun memimpin Pemuda Amanah.

“Pada pemilihan hari ini, perwakilan menunjukkan isyarat tegas dan merupakan kombinasi kesatuan yang baik serta harus kita rangkul potensi yang ada dalam Pemuda untuk memastikan Pemuda Amanah kuat di peringkat nasional,” katanya. – 17 Disember, 2023

Berikut senarai Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Sesi 2023-2026 yang dipilih pada Konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2023:

Mohd Hasbie Muda (Ketua Pemuda)
Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid (Timbalan Ketua)
Muhammad Faris Arriffin (Naib Ketua I)
Mohammad Ammar Atan (Naib Ketua II)
Mohd Zulhazmi Hassan (Naib Ketua III)
Dr Mohamed Nashrudin Naharudin
Mohammad Mirzan Abdul Majid
Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda
Mohd Firdaus Mokhtar
Muhammad Nur Hafiz Roslan
Muammar Qaddafi Mohd Nasir
Muaz Abdullah
Mohd Azhar Abdul Rahman
Fakhrul Razi Hamdan
Ridhuan Esa
Ammar Izham
Muhammad Taqiuddin Cheman
Asim ‘Abdullah Ainullotfi
Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar
Ahmad Shahir Mohd Shah
Muhammad Ramadhan Mohd Lotphi
Renddypeper Ismail
Khairol Najib Hashim
Omar Tuah
Ahmad Saqif Ansorullah Ahmad Jihbadz Mokhlis
Aizat Mustaqim Ruslan
Mohd Hanis Mohd Alimin

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related