KSM bincang dengan KDN berhubung isu pekerja asing: Steven Sim

Pertemuan itu antara lain akan membincangkan isu dasar dan operasi lebih terperinci terutama berkaitan bidang kuasa membabitkan perkara berkaitan pekerja asing

7:08 PM MYT

 

BUKIT MERTAJAM – Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membincangkan perkara berkaitan pekerja asing termasuk meletakkan urusan berkaitan mereka di bawah satu kementerian sahaja.

Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata pertemuan itu antara lain akan membincangkan isu dasar dan operasi lebih terperinci terutama berkaitan bidang kuasa membabitkan perkara berkaitan pekerja asing.

“Sehari selepas angkat sumpah (dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia) perkara pertama saya lakukan ialah berjumpa dan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) dan antara isu berbangkit ialah tentang pekerja asing.

“Saya dah cakap dengan dengan beliau dan minta untuk adakan satu pertemuan untuk bincang tentang dasar dan operasi pekerja asing di Malaysia secara lebih terperinci terutama berkaitan bidang kuasa kedua-dua kementerian itu.

“Kita akan buat pengumuman selepas perbincangan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hospital Bukit Mertajam(HBM), di sini hari ini.

Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan daripada beberapa pihak agar isu pekerja asing diletakkan di bawah bidang kuasa kementerian yang sama.

Sim berkata beliau telah mengkaji semua jabatan dan badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk membuat penelitian serta beliau juga akan meneruskan kesinambungan menteri terdahulu kerana rombakan Kabinet ini berlaku dalam kerajaan yang sama.

“Perubahan berlaku dalam kerajaan yang sama dan kita akan memastikan ada kesinambungan pada dasar-dasar yang baik manakala mana-mana dasar yang memerlukan penambahbaikan kita akan buat selepas ini. Beri saya sedikit masa untuk meneliti kementerian ini dahulu, bukan sahaja jabatan-jabatan malah dasar kementerian dan kita akan buat pengumuman dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pejabat Ahli Parlimen Bukit Mertajam telah memperuntukkan sebanyak RM230,000 untuk tiga projek di HBM antaranya menaik taraf sistem penyaman udara dan elektrik, membekalkan peralatan di zon menunggu di jabatan kecemasan dan trauma serta memasang kipas di zon yang sama.

Katanya semua projek itu telah dijalankan Oktober lepas dan siap sebulan kemudian dengan kemudahan yang ada dapat memberi manfaat kepada 500 pesakit dan 300 kakitangan HBM setiap hari. – 16 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related