Kes Zayn Rayyan: Belum ada perkembangan terkini, hari ke-10 penuh sunyi di Apartment Idaman

Tiada maklumat dapat dikongsikan mengenai petunjuk atau siasatan terbaharu pihak berkuasa, dengan pergerakan penduduk kelihatan suram di sekitar kawasan Apartment Idaman

6:42 PM MYT

 

PETALING JAYA – Tragedi pembunuhan kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, memasuki hari ke-10 hari ini sejak mayatnya ditemui anggota polis di anak sungai di kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini.

Sejak itu saban hari, lokasi terbabit dihadiri pasukan polis, termasuk unit forensik untuk menjalankan siasatan, mencari petunjuk dan membongkar misteri kematiannya.

Malah, setiap hari ia dipenuhi pengamal media dari puluhan agensi penerbitan cetak dan dalam talian, termasuk Scoop untuk membuat liputan mengenai kes berkenaan.

Terkini, hari ini, tinjauan wartawan Scoop di lokasi mendapati tiada maklumat dapat dikongsikan mengenai petunjuk atau siasatan terbaharu pihak berkuasa, dengan pergerakan penduduk kelihatan suram di sekitar kawasan Apartment Idaman.

Difahamkan, petugas media yang tiba seawal jam 9 pagi, kemudian beredar pada jam 5.15 petang ini, tanpa sebarang maklumat atau perkembangan diberikan pihak berkuasa.

Terdahulu, Zayn Rayyan disedari hilang sejak 12.30 tengah hari 5 Disember lalu, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Usaha pencarian dijalankan polis dengan dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan anjing pengesan Unit K9, membabitkan kawasan belukar dan longkang berhampiran dalam radius kira-kira 300 meter.

Dia kemudian ditemui tidak bernyawa sehari kemudian di kawasan anak sungai, berhampiran kediamannya.

Menurut kenyataan polis, sungai berkenaan terletak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah kanak-kanak itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada sidang media berkata, Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di tempat lain, bukan di lokasi mayatnya ditemui.

Susulan penemuan itu, polis giat menjalankan siasatan terperinci bagi memburu suspek menerusi pelbagai kaedah, termasuk menjalankan pengambilan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas penduduk secara beramai-ramai.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – 16 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related