‘Lebih 70 % kandungan dibuang bukan sebab kritik saya atau kerajaan tapi kerana scam’: Fahmi

Fahmi berkata, kerajaan meminta mengeluarkan 18,140 kandungan scam sebagai usaha ‘melawan’ jenayah dalam talian.

2:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Permintaan kerajaan supaya syarikat Facebook, Meta dan TikTok dari China membuang lebih daripada 70 % kandungan menerusi platform media sosial itu, bukan disebabkan ia memaparkan kritikan terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, permintaan itu disebabkan promosi jualan haram dan jenayah atau scammer dibuat pihak tertentu menerusi platform terbabit.

Malah, Fahmi berkata, kerajaan meminta mengeluarkan 18,140 kandungan scam sebagai usaha ‘melawan’ jenayah dalam talian.

“Lebih 70 peratus kandungan dibuang tu bukan sebab kritik saya atau kerajaan.

“Tapi sebab promosi jualan haram dan online (dalam talian) scam. Tahun ni kita buang 18,140 kandungan scam.

“Zaman Annuar Musa buang berapa? 315 je. Takkan dia tak cergas lawan scam pun nak salahkan saya?” katanya menerusi X.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bertajuk Padam Kandungan: Langkah Ke Arah Cengkaman Media hari ini.

Menerusi kenyataannya, Fadhli berkata, terdahulu syarikat induk Facebook, Meta dan TikTok dari China memaklumkan ia menerima peningkatan permintaan daripada kerajaan Malaysia, bagi mengalih keluar kandungan atau menyekat akaun di platform berkenaan untuk tempoh enam bulan pertama, sekali gus ia adalah perkara sangat memalukan.

Fadhli mendakwa kononnya dalam pada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering mendabik dada bahawa ia berlandaskan reformasi, hakikatnya hanya retorik untuk menyedapkan halwa telinga.

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut memberi maklum balas terhadap tajuk laporan media, berhubung platform Over-The-Top (OTT), termasuk Meta dan TikTok yang menyaksikan peningkatan permohonan daripada kerajaan untuk menurunkan kandungan pada 2023.

MCMC menjelaskan, tindakan diambil itu bertujuan melindungi pengguna daripada peningkatan kandungan memudaratkan dalam talian, bukannya untuk membataskan kepelbagaian pandangan. – 16 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related