Anwar, Kishida umum perkongsian strategik komprehensif Malaysia-Jepun

Kedua pemimpin juga menyaksikan pertukaran memorandum kerjasama mengenai Pembangunan dan Aplikasi Angkasa Lepas

1:02 PM MYT

 

TOKYO – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya Fumio Kishida hari ini mengeluarkan kenyataan bersama mengenai peningkatan hubungan Malaysia-Jepun kepada kerjasama komprehensif strategik.

Kenyataan itu diberikan sebelum kedua pemimpin itu menyaksikan majlis menandatangani dan pertukaran nota Bantuan Geran Keselamatan rasmi oleh Jepun, yang akan menyediakan peralatan pemantauan dan pengawasan untuk Malaysia.

Kedua pemimpin juga menyaksikan pertukaran memorandum kerjasama mengenai Pembangunan dan Aplikasi Angkasa Lepas antara Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) dan Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA).

Terdahulu Anwar dan Kishida mengadakan pertemuan dua hala ringkas dan mesyuarat.

Anwar berkata, Malaysia amat menghargai komitmen Jepun kepada rantau ini termasuk Malaysia sejak 1980-an, yang telah menyumbang kepada pertumbuhan rantau ini dan negara.

“Saya menghargai hubungan Malaysia-Jepun dan gembira dengan komitmen dan kerjasama luas yang ditunjukkan oleh Jepun dalam perdagangan dan pelaburan di rantau ini,” katanya.

Beliau juga berkata, Jepun telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan Malaysia sejak 1980-an melalui pelaburan sektor swasta.

Sementara itu, Kishida mengucapkan terima kasih kepada Malaysia atas layanan yang ditunjukkan semasa lawatannya ke Malaysia baru-baru ini dan peranan pentingnya dalam membentuk ASEAN menjadi seperti sekarang dan mahu melihat penglibatan Jepun yang lebih besar dengan kumpulan itu.

Pada majlis pemeteraian pertama OSA hari ini, Malaysia diwakili oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan manakala Jepun oleh Menteri Luarnya Yoko Kamikaway.

Memorandum kedua mengenai kerjasama dalam domain angkasa lepas, Malaysia diwakili oleh Ketua Pengarah Mysa, Azlikamil Napiah dan JAXA oleh presidennya, Hiroshi Yamakawa – 16 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related