Cepat sini… cepat, tak responsif, kakak mangsa cuba beri CPR sambil menangis

Kakak Muhammad Zaharif yang juga seorang jururawat kebetulan berada berhampiran lokasi kemalangan

11:07 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular memaparkan seorang jururawat sambil menangis cuba melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada seorang remaja yang maut dalam kemalangan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh, tengah hari semalam, mengundang sebak netizen.

Jururawat terbabit, Nur Zamani Muhd Zamri, 28, sebenarnya kakak kepada mangsa dikenali sebagai Muhammad Zaharif Affendi, 17 yang kebetulan berada berhampiran lokasi kemalangan.

“Cepat sini…cepat. Tak responsif (beri tindak balas)… tak responsif. Cepat sikit,” katanya sambil menangis kepada petugas perubatan yang baru tiba bersama sebuah ambulans di lokasi kejadian.

Petugas perubatan tersebut kemudian memberi bantuan CPR kepada remaja terbabit dan suara tangisan kakak Muhammad Zaharif jelas kedengaran dalam video itu.

Dalam video itu juga, lelaki berbaju merah yang dipercayai bapa kepada mangsa turut tiba di lokasi kejadian.

Melihat anaknya terbaring tidak bernyawa di atas jalan menyebabkan Muhd Zamri, pengsan sebelum dia ditenangkan orang awam.

“Bang… bang… sabar. Bangun bang,” kata orang awam di lokasi kejadian.

Sementara itu, portal BH melaporkan, Nur Zawani terkilan dengan perbuatan pemandu terbabit yang seolah-olah dilakukan dengan sengaja.

“Kalau dia buat salah sekali pun, datanglah jumpa mak ayah saya. Kalau hendak letak di lokap pun tidak mengapa. Bukan hak dia buat adik saya macam itu.

“Adik saya masih remaja dan baru hendak kenal dunia, lagi-lagi dia adalah anak bongsu dan kesayangan. Malah hanya dia seorang yang masih bersekolah,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, malam tadi.

Pada masa sama, Nur Zawani mengakui dia terkejut apabila diberitahu orang awam bahawa mangsa kemalangan itu adalah adik sendiri.

“Saya pangku dia, saya memang cuba selamatkan dia. Saya yang buat CPR masa mula-mula tiba di situ. Ketika itu adik masih bernyawa tetapi sudah tidak menunjukkan sebarang tindak balas,” katanya.

Katanya, kedua-dua ibu bapanya juga tidak hadir ke Jabatan Forensik HRPB bagi proses bedah siasat Muhammad Zaharif kerana terlalu sedih dengan pemergiannya.

“Emak dan ayah saya tak kuat, jadi sebab itu mereka tidak datang ke sini, lagi-lagi emak saya,” katanya.

Jenazah Muhammad Zaharif dituntut keluarga selepas proses bedah siasat selesai jam 6.30 petang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Luar, di Ipoh.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan menerusi kenyataan berkata, pegawai kanan polis dari Kontinjen Kedah yang dipercayai terbabit dalam insiden itu sudah ditahan dan akan menjalani proses permohonan reman, hari ini. – 16 Disember, 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Related