Kes Zayn Rayyan: Saksi kanak-kanak lelaki buat lakonan semula

Lakonan semula itu dijalankan pagi tadi bermula dari tangga Blok R sehingga anak sungai

2:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin hari ini dengan melibatkan seorang saksi kanak-kanak lelaki.

Menurut laporan portal Utusan, kanak-kanak dalam lingkungan usia enam hingga sembilan tahun itu membuat lakonan semula bersama ibunya bagi membantu siasatan.

Lakonan semula yang dijalankan pada jam 11.20 pagi itu bermula dari anak tangga Blok R sehingga anak sungai, lokasi mayat Zayn ditemui.

Dia turut menunjukkan arah di mana kali terakhir melihat Zayn pada 5 November lalu.

Semalam, polis berjaya mengesan dua lagi saksi kanak-kanak berkaitan kes kematian Zayn menerusi penyaringan beramai-ramai (mass screening) yang dijalankan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil 86 keterangan dan akan ada lagi keterangan yang diambil sekiranya perlu.

Malah katanya, polis sudah mengambil 228 sampel DNA penduduk Apartment Indah bagi membantu siasatan.

“Polis juga sudah selesai membuat pemeriksaan rumah ke rumah termasuk kedai membabitkan 18 blok dengan 2,484 unit.

“Jumlah individu yang diperiksa terdiri 5,628 orang membabitkan penduduk di apartmen itu,” katanya.

Terdahulu, Scoop melaporkan Zayn yang dilapor hilang, ditemui meninggal dunia.

Mayat kanak-kanak itu ditemui pada jam 10 malam Rabu lalu kira-kira 200 meter dari kawasan rumahnya di Damansara Damai, di sini.

Kematian Zayn kemudian diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu. – 15 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related