Projek HSR: Mahkamah Tinggi batal saman terhadap kerajaan, 4 tokoh politik

Mahkamah memutuskan Mohd Hatta tidak mempunyai locus standi untuk memulakan saman dan ia menyalahgunakan proses mahkamah

2:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan permohonan kerajaan dan empat tokoh politik, bagi membatalkan saman difailkan seorang individu atas dakwaan menyalahgunakan jawatan awam dan melakukan kecuaian, berhubung pembatalan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HSR).

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain memutuskan bahawa Mohd Hatta Sanuri, tidak mempunyai locus standi untuk memulakan saman dan ia menyalahgunakan proses mahkamah.

“Oleh itu, mahkamah membenarkan permohonan kerajaan dan empat tokoh politik untuk membatalkan saman terbabit,” katanya dan mengarahkan Mohd Hatta membayar kos RM10,000.

Pada 30 Disember tahun lalu, Mohd Hatta memfailkan saman itu bagi pihaknya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang didakwa terkesan dengan keputusan defendan.

Mohd Hatta menamakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan kerajaan Malaysia, sebagai defendan pertama hingga kelima.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Hatta memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan bahawa pembatalan projek itu, sebagai batal dan tidak sah.

Malah, Mohd Hatta memohon kesemua defendan membayar pampasan RM1 juta kepadanya dan semua rakyat Malaysia kerana secara salah serta cuai membatalkan projek HSR. – 15 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related