Mahkamah Persekutuan putuskan kesalahan pikat isteri orang tidak ikut Perlembagaan

Dalam prosiding hari ini, hakim sebulat suara mengisytiharkan seksyen itu sebagai undang-undang sebelum Merdeka.

11:40 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Peruntukan dalam Kanun Keseksaan yang menjenayahkan perbuatan lelaki kerana memikat isteri orang diputuskan tidak mengikut Perlembagaan oleh Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengisytiharkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan diskriminatif, atas alasan jantina, kerana ia hanya memberi hak kepada suami untuk bergantung kepada peruntukan tanpa mengecualikan isteri.

“Hakikat bahawa kes ini juga diperincikan dengan jelas oleh Seksyen 132 Kanun Tatacara Jenayah yang menyatakan tiada mahkamah boleh mengambil tahu mengenai kesalahan di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan kecuali atas aduan yang dibuat oleh suami wanita terbabit,” katanya.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, atau denda atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Mahkamah juga mengisytiharkan seksyen itu sebagai undang-undang sebelum Merdeka, dalam Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan yang memelihara kesinambungan undang-undang biasa (sivil), yang sudah ada sebelum Perlembagaan diisytiharkan.

Tengku Maimun berkata, keputusan hari ini bertujuan untuk mengekalkan semua pendakwaan terdahulu yang telahpun dilaksanakan.

Mahkamah kemudiannya menghantar kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk diuruskan mengikut Seksyen 85 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

“Terpulang kepada Mahkamah Tinggi untuk membuat pengisytiharan dan perintah yang sesuai untuk melaksanakan penghakiman ini dan sebaliknya mengikut undang-undang.

“(Ia juga) untuk membuat arahan sesuai untuk prosiding yang sedang berjalan di Mahkamah Majistret,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua pihak dalam saman itu menerima atau tidak menafikan bahawa tujuan tunggal seksyen itu adalah untuk melihat wanita sebagai harta benda kepada suami mereka sehingga perbuatan memikat, mengambil atau menahan mereka dianggap sebagai satu kesalahan.

“Undang-undang itu bertujuan untuk memikat wanita sahaja, juga diperincikan dengan jelas oleh Seksyen 132 Kanun Tatacara Jenayah.

“Oleh itu, kami berpuas hati bahawa satu-satunya cara yang mungkin untuk membawa Seksyen 498 selaras dengan Perlembagaan adalah dengan memansuhkannya secara kehakiman secara keseluruhan, yang sedang kami lakukan,” katanya.

Dalam menjelaskan keputusan itu, beliau berkata: “Menurut Perkara 162(6) Perlembagaan, mana-mana mahkamah atau tribunal yang menggunakan peruntukan mana-mana undang-undang sedia ada yang belum diubahsuai, boleh menggunakannya dengan apa-apa pengubahsuaian yang mungkin perlu untuk membawanya selaras dengan Perlembagaan.

“Di mana fasal 7 Artikel menetapkan ‘ubah suai’ yang merangkumi pindaan, penyesuaian dan pemansuhan.

“Memberi kepentingan kepada frasa ‘mempersetujui peruntukan Perlembagaan ini, dalam Perkara 162(6), ini bermakna bahawa mahkamah boleh, di bawah Perkara 162 meminda undang-undang sebelum Merdeka untuk menjadikannya selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“(Bagaimanapun), Seksyen 498 tidak berupaya untuk meminda kehakiman di bawah Perkara 162(7) Perlembagaan Persekutuan kerana berbuat demikian memerlukan pindaan yang meluas sehingga mengubah sifat kesalahan itu,” katanya.

Beliau turut disertai Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam menyampaikan keputusan itu hari ini.

Kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan oleh ahli perniagaan Lai Hen Beng yang didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2020 kerana memikat isteri orang di sebuah pangsapuri di Selangor pada 2018.

Dia didakwa selepas laporan polis dibuat oleh suami wanita itu .

Soalan beliau berhubung Seksyen 498 dibenarkan dibawa ke Mahkamah Persekutuan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mac tahun ini.

Beliau merujuk kepada persoalan Perlembagaan sama ada Seksyen 498 tidak berperlembagaan kerana ia bercanggah dengan Seksyen 8(1)(2) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kesaksamaan di sisi undang-undang dan diskriminasi jantina.

Peguamnya, Jayarubbiny Jayaraj mengemukakan kepada mahkamah pada 18 Julai lalu bahawa peruntukan itu mendiskriminasi wanita dalam perkahwinan, dan melanggar Perkara 8(2) Perlembagaan dipinda yang mengandungi perkataan “jantina”, bagi membuktikan Parlimen memastikan wanita dan lelaki harus dilihat sama rata dan mempunyai hak yang sama.

Jayarubbiny diwakili peguam Jay Moi Wei Jiun dan Puteri Batrisyia Abdul Latif manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim dan Eyu Ghim Siang. – 15 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related