Yang lengkap vaksin, pernah dijangkiti Covid-19, tidak perlu ambil dos penggalak: Pakar Virologi

Bagi mereka yang tidak pernah mengambil dos penggalak dan tidak pernah dijangkiti Covid-19, boleh mengambil dos itu untuk perlindungan diri

9:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pengambilan dos penggalak vaksin Covid-19 digalakkan bagi golongan rentan, namun bukan satu keperluan bagi orang ramai yang sudah mengambil suntikan vaksin satu dan dua sebelum ini.

Pakar Virologi Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, orang ramai yang sudah mengambil vaksin lengkap (dos 1 dan 2) dan pernah dijangkiti Covid-19, tidak perlu lagi untuk mengambil dos penggalak.

Dr Sazaly Abu Bakar berkata orang ramai yang tidak pernah mengambil dos penggalak dan tidak pernah dijangkiti Covid-19, boleh mengambil dos penggalak ketiga untuk perlindungan diri. – Gambar hiasan, 14 Disember, 2023

“Yang dah ambil dos satu dan dua, mana yang sudah kena jangkitan itu tidak perlu ambil (dos penggalak) sebab sistem imun badan (melawan virus) sudah diaktifkan.

“Begitu juga dengan golongan rentan dan komorbid yang sebelum ini sudah lengkap vaksin dan dos penggalak satu dan dua, tidak wajib ambil, namun jika mahu juga (ambil penggalak ketiga) tidak menjadi masalah.

“Perkara paling penting yang perlu sentiasa ingat ialah jaga prosedur operasi standard (SOP), pakai pelitup muka di tempat sesak, jaga penjarakan dan jauhkan diri daripada mereka yang ada simptom,” katanya kepada Scoop hari ini.

Beliau berkata, bagi mereka yang tidak pernah mengambil dos penggalak dan tidak pernah dijangkiti Covid-19, boleh mengambil dos itu untuk perlindungan diri.

“Ini bagi memastikan sistem badan kita sudah bersedia sekiranya terkena jangkitan,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bekalan vaksin masih mencukupi dan belum mencapai tarikh luput selain ia berkesan melindungi orang ramai daripada jangkitan mutasi dan strain baharu Covid-19 untuk pelaksanaan dos penggalak ketiga.

Beliau berkata, dos penggalak perlu untuk melindungi kumpulan rentan termasuk warga emas dan golongan komorbid yang mudah terdedah kepada risiko dan kesan memudaratkan.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata selain dos penggalak, orang ramai juga wajar mengamalkan semula SOP Covid-19 seperti sebelum ini. – Gambar media sosial, 14 Disember, 2023

Sementara itu, pakar perubatan Kesihatan Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, berikutan peningkatan kes Covid-19, pengambilan dos penggalak adalah baik untuk mengelak jangkitan berulang selain orang ramai perlu kembali mengamalkan SOP seperti sebelum ini.

Beliau berkata, pada masa sama orang ramai juga digalakkan mendapatkan suntikan influenza.

“Dapatkan suntikan influenza kerana simptomnya adalah mirip dan menyukarkan kepastian, melainkan melalui ujian kendiri.

“Bagi yang mempunyai simptom yang berat, eloklah dapatkan rawatan di klinik atau hospital bagi kesahihan kerana ada beberapa penyakit lain yang (simptomnya) mirip Covid-19 seperti influenza dan pneumonia,” katanya.

Semalam, kes Covid-19 dalam negara dilaporkan meningkat kepada 12,757 pada Minggu Epidemiologi ke-49 iaitu dari 3 hingga 9 Disember lepas berbanding 6,796 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Kadar kemasukan pesakit Covid-19 termasuk pesakit yang disyaki Covid-19 ke fasiliti kesihatan meningkat 1.4 peratus berbanding minggu sebelumnya serta pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) juga meningkat 1.4 peratus. – 14 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related