Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis berjaya kesan 2 saksi kanak-kanak

Saksi terbabit telah melihat mangsa di tingkat dua dan tiga Blok R, Apartment Idaman pada 5 Disember lalu

4:03 PM MYT

 

PETALING JAYA — Polis berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak dalam siasatan kes bunuh kanak-kanak autism yang berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata, saksi terbabit telah melihat mangsa di tingkat dua dan tiga Blok R, Apartment Idaman pada 5 Disember lalu, iaitu hari di mana Zayn Rayyan dilaporkan hilang.

Hussein berkata, saksi-saksi terbabit dikenalpasti susulan proses pemeriksaan besar-besaran yang dijalankan oleh polis di apartment di Damansara Damai, di sini.

“Setakat ini 86 kenyataan telah dirakamkan dan masih ada lagi kenyataan yang perlu diambil. Sebanyak 228 sampel DNA telah diperoleh sebelum ini, 10 lagi telah diambil menjadikan jumlah keseluruhan adalah 238,’’ katanya dalam mesej kepada media.

Ketika pemeriksaan untuk mengambil DNA pada 9 Disember lalu, polis telah mendapatkan 228 sampel daripada penduduk dengan bantuan 278 anggota polis, yang dipecahkan kepada 90 pasukan.

Dalam pada itu, polis dilihat memasuki dan keluar dari Blok R, Apartment Idaman, ketika petugas media berkampung di kawasan berhampiran penemuan mayat Zayn.

Sumber yang rapat dengan siasatan kes itu memberitahu media bahawa pasukan Unit Forensik hari ini melakukan “lakonan semula” peristiwa menyelubungi kematian Zayn.

Lakonan semula itu dilakukan berdasarkan kenyataan daripada dua saksi kanak-kanak yang dikatakan berusia enam dan sembilan tahun.

Sebelum ini, datuk Zayn, Zahari Mohd Reba memaklumkan bahawa sekumpulan kanak-kanak telah melihat cucunya itu di tingkat tiga Blok R, di mana Zayn tinggal bersama ibu, bapa dan adiknya.

Datuk Hussein Omar Khan berkata, saksi tersebut telah melihat mangsa di tingkat dua dan tiga Blok R, Apartment Idaman pada 5 Disember lalu, iaitu hari di mana Zayn Rayyan dilaporkan hilang. – Gambar Scoop, 14 Disember, 2023

“Mereka memberitahu saya bahawa mereka terlihat seorang kanak-kanak berlari berhampiran Blok R. Saya menunjukkan kepada mereka gambar Zayn Rayyan, dan mereka berkata ‘Ya! Itu dia!’

“Mereka memberitahu saya dia berlari ke tingkat tiga, dan hilang,” kata Zahari.

Hari ini, genap lapan hari siasatan dijalankan ke atas pembunuhan Zayn Rayyan selepas mayat kanak-kanak itu ditemui di sungai, kira-kira 100 meter dari rumahnya pada 6 Disember lalu.

Bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat kecederaan di bahagian leher dan badan sekali gus diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Semalam, polis mengesahkan menemui stoking dalam kawasan takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat kanak-kanak Zayn Rayyan ditemui.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Sungai Buloh telah terlibat dalam operasi menyedut keluar air di anak sungai tersebut bagi mencari bukti. – 14 Disember, 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

Related