‘Terima kasih sebab pernah hadir dalam rahim mommy’, luahan ibu Zayn Rayyan

Ismanira turut memuatnaik video kenangan Zayn Rayyan bermain buaian di taman permainan dekat blok kediaman mereka

3:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ismanira Abdul Manaf, 28, ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, meluahkan kerinduannya kepada anak sulungnya itu.

Melalui hantaran terbaharu di Instagram hari ini, Ismanira berkongsi video kenangan Zayn bermain buaian di taman permainan dekat kediaman mereka di Apartment Idaman, Damansara Damai di Petaling Jaya.

Dalam video itu, Zayn dilihat begitu teruja bermainan permainan tersebut dan pada masa sama Ismanira seronok melayan kerenah anaknya.

“Cakap weeee…” katanya sebelum disahut anak istimewanya itu.

Dalam hantaran itu, Ismanira turut menitipkan kata-kata menyentuh hati pada kapsyen video tersebut.

“Terima kasih sebab pernah hadir dalam rahim mommy. Mommy bangga dapat lahirkan abang, penghuni syurga Allah,” tulisnya sebelum mengakhiri kata-kata itu dengan emoji berbentuk hati.

Perkongsian video tersebut turut menyentuh hati netizen dengan rata-rata mendoakan agar Ismanira terus kuat dengan ujian menimpanya.

“Puan memang hebat. Banyak rakam memori indah dengan anak. Rasa seperti Zayn Rayyan masih bersama kita. Terima kasih puan, kisah puan sekeluarga memberi kesan pada ramai. Lepas ini makin ramai akan memahami anak-anak autisme,” kata seteguhsakinah.

Ismanira Abdul Manaf sering berkongsi gambar kenangan bersama Zayn Rayyan Abdul Matiin dalam Instagram. – Gambar tangkap layar Instagram, 14 Disember, 2023

“Macam manalah kuatnya ibu Zayn ni. Apalah di dalam hati ibu Zayn ni saat anak dia pergi. Macam mana hari-hari dilalui ibu Zayn,” kata Puan_Sry_Shanida.

“Tak tahu kenapa tertunggu-tunggu puan Ismanira upload (muat naik) video atau gambar Zayn. Setiap kali itu juga tak sedar menitik air mata. Sebak pun ada. Damailah adik Zayn di syurga,” kata fizahci81.

Terdahulu Scoop melaporkan Zayn Rayyan disedari hilang sejak jam 12.30 tengah hari 5 Disember lalu, di blok kediaman mereka sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Usaha pencarian dijalankan polis dengan dibantu anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan anjing pengesan Polis Diraja Malaysia membabitkan kawasan belukar dan longkang berhampiran dalam radius kira-kira 300 meter.

Dia kemudian ditemukan tidak bernyawa sehari kemudian di kawasan anak sungai, kira-kira 200 meter dari kediamannya sekitar jam 10 malam.

Kematian kanak-kanak itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh. – 14 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Merdeka Cup: Malaysia end 11-year wait with victory over Lebanon

Romel Morales’ first-half strike secures Malaysia’s 13th Merdeka title, reigniting celebrations at Bukit Jalil National Stadium despite Ultras Malaya boycott

Kolaborasi Insomniacks – Nabila Taqiyyah dalam lagu Belum Mulai sudah tular, tapi peminat Indonesia mengeluh!

Hasrat Insomniacks untuk berkolaborasi dengan artis rakaman luar negara akhirnya menjadi kenyataan menerusi duet bersama penyanyi Indonesia, Nabila Taqiyyah menerusi single terbaharu mereka, Belum Mulai.

Jonassen eyes Danish model to elevate Malaysian singles players

New BAM singles head coach aims to build a strong collective of top players, drawing inspiration from Denmark’s success with Viktor Axelsen and Anders Antonsen

Related