KPM sedang siasat insiden guru lempang, sepak murid

Siasatan itu dilakukan bagi memastikan isu tersebut dalam diselesaikan segera

1:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang guru bertindak menampar dan menolak seorang murid di sebuah sekolah rendah di Kuala Terengganu.

KPM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya mengambil perhatian rakaman video yang tular di media sosial berhubung insiden itu yang berlaku sewaktu penganjuran majlis rasmi di sekolah terbabit.

“Siasatan sedang dijalankan bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan segera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, KPM menasihatkan golongan pendidik supaya sentiasa memelihara etika dan menjunjung tinggi martabat serta profesionalisme profesion keguruan.

“KPM komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya terpelihara,” katanya.

Gambar tangkap layar seorang guru lelaki yang tular selepas melempang dan menendang murid di sebuah sekolah di Terengganu baru-baru ini. – Gambar tangkap layar Facebook, 14 Disember, 2023

Terdahulu Scoop melaporkan, seorang guru lelaki berstatus guru besar di sebuah sekolah di Kuala Terengganu dikecam netizen kerana melempang seorang murid di hadapan orang ramai dalam sebuah program anjuran sekolah tersebut.

Dalam video berdurasi 42 saat yang tular di Facebook, memaparkan guru terbabit bersemuka dan berkata sesuatu kepada murid lelaki berkenaan yang dipercayai tidak berdiri tegak ketika perhimpunan diadakan sebelum bertindak menamparnya.

Murid tersebut yang dilihat mengesat air matanya selepas dilempang, kemudiannya ditolak guru terbabit dan diarahkan berdiri di hadapan orang ramai.

Sementara itu, menerusi video kedua yang tular turut menyaksikan guru besar terbabit menyepak seorang lagi murid lelaki dalam majlis yang sama

Difahamkan insiden itu berlaku semalam semasa program Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape Kementerian Pendidikan (KPM) 2023 di sekolah terbabit.

Video itu dipercayai dirakam seorang guru dikenali sebagai Siti Hajar yang turut menyaksikan insiden itu sebelum dimuatnaik di Facebook miliknya kerana kurang senang dengan tindakan tersebut.

“Biarlah nak kena saman ke kena tindakan ke, nak upload (muat naik) juga. Tak de niat nak buka aib tapi untuk jadi peringatan kepada orang lain.

“Kamu cikgu ke guru besar ke penolong kanan ke tak kisalah kamu siapa. Cuma waktu nak marah atau tegur anak murid tu biar beradab sikit. Aku tak pernah buat student (murid) aku macamtu nak marah macam mana pun.

“Buat depan orang ramai begitu. Biar cerdik sikit ye cikgu,” tulisnya dalam video yang tular itu.

Rata-rata netizen turut menggesa KPM untuk menyiasat insiden itu dan mengambil tindakan tatatertib terhadap guru berkenaan. – 14 Disember, 2023

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related