Guru besar lempang, sepak murid depan orang ramai dikecam netizen

Insiden itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah rendah di Kuala Terengganu semalam

12:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Kuala Terengganu dikecam netizen kerana melempang seorang murid di hadapan orang ramai dalam sebuah program anjuran sekolah tersebut.

Dalam video berdurasi 42 saat yang tular di Facebook, memaparkan guru terbabit bersemuka dan berkata sesuatu kepada murid lelaki berkenaan yang dipercayai tidak berdiri tegak ketika perhimpunan diadakan sebelum bertindak menamparnya.

Murid tersebut yang dilihat mengesat air matanya selepas dilempang, kemudiannya ditolak guru terbabit dan diarahkan berdiri di hadapan orang ramai.

Difahamkan insiden itu berlaku semalam semasa program Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape Kementerian Pendidikan (KPM) 2023 di sekolah terbabit.

Sementara itu, menerusi video kedua yang tular turut menyaksikan guru besar terbabit menyepak seorang lagi murid lelaki dalam majlis yang sama.

Video itu dipercayai dirakam seorang guru dikenali sebagai Siti Hajar yang turut menyaksikan insiden itu sebelum dimuatnaik di Facebook miliknya kerana kurang senang dengan tindakan tersebut.

“Biarlah nak kena saman ke kena tindakan ke, nak upload (muat naik) juga. Tak de niat nak buka aib tapi untuk jadi peringatan kepada orang lain.

“Kamu cikgu ke guru besar ke penolong kanan ke tak kisalah kamu siapa. Cuma waktu nak marah atau tegur anak murid tu biar beradab sikit. Aku tak pernah buat student (murid) aku macamtu nak marah macam mana pun.

“Buat depan orang ramai begitu. Biar cerdik sikit ye cikgu,” tulisnya dalam video yang tular itu.

Rata-rata netizen menggesa KPM untuk menyiasat insiden itu dan mengambil tindakan tatatertib terhadap guru berkenaan.

“KPM tolonglah ambil tindakan. Kalau anak sendiri dia buat begitu depan orang ramai, dirumah mahu dia dera. Apa benda cikgu gitu. Cikgu lain tengok saje je. Allah siannya budak tu malu dia,” kata Azlina Shahrul.

“Mohon siasat betul-betul. Jangan senyap separuh jalan je. Mentang-mentang ada kabel lepas tu senyap kes. Nanti berulang semula kalau tindakan keras tak diambil,” kata Ungku Aqilah.

Sementara itu, terdapat netizen yang menyifatkan perbuatan itu sebagai keterlaluan kerana dilakukan dihadapan orang ramai.

“If tempat tertutup sekali pun boleh ke buat macam tu kat anak orang? Cikgu apa macamtu. Rotan ok tapi kalau lempang dekat muka lepas tu sepak budak tu, no way,” kata Suraya Mohamad.

“Banyak kali dah dengar cerita tak baik pasal cikgu tu. Harap-harap cikgu sekolah tu berani suarakan diri demi anak-anak,” kata Aifa Akil.

“Baru kuasa guru besar boleh bayangkan anak kita kena. Aku dulu pun degil sekolah, cikgu tak denda begini depan orang nakal-nakal pun,” kata Ja Comel.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaharu, guru berkenaan mengakui telah memadam dua hantaran video berkenaan kerana kes tersebut sedang dalam siasatan.

“Saya terpaksa delete (padam) video itu. As expected (seperti dijangka). Its ok at least I’ve tried. (Tak mengapa sekurang-kurangnya saya telah cuba).

“Diminta netizen semua bertenang dan berhenti sebarkan video tersebut demi kebaikan saya dan semua. Kes dalam siasatan dan semoga semuanya dipermudahkan,” tulisnya. – 14 Disember, 2023

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related