Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis jumpa stoking dalam takungan air

Stoking itu perlu dihantar ke makmal untuk dianalisis bagi memastikan sama ada ia milik Zayn Rayyan atau bukan

11:18 PM MYT

 

PETALING JAYA – Polis menemukan sehelai stoking hari ini dalam kawasan takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, stoking itu perlu dihantar ke makmal untuk dianalisis bagi memastikan sama ada ia milik Zayn Rayyan atau bukan.

“Kami jumpa sehelai sahaja tetapi perlu buat pengesahan lanjut sama ada kepunyaan kanak-kanak itu atau bukan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Semalam, polis mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mangsa untuk melihat sama ada wujud sebarang bukti baharu.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya. – 13 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related