Kanak-kanak lima tahun ditemukan lemas di Rompin

Mayat kanak-kanak lelaki itu dijumpai pada 5.30 petang oleh pasukan SAR kira-kira empat kilometer dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh

9:36 PM MYT

 

KUANTAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemukan lemas di sungai berhampiran kawasan Perumahan Banjir Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Rompin hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, mayat Rizq Ramadhina Jamaluddinn dijumpai pada pukul 5.30 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira empat kilometer dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima laporan kehilangan mangsa pada 5.25 petang Isnin selepas kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ketika memancing bersama tiga lagi adik-beradiknya di sebuah jeti berhampiran kediaman mereka.

“Kami telah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat sejak Isnin, dan operasi hari ini menemukan mayat kanak-kanak itu. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut Mohd Azhari, operasi SAR melibatkan 116 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi keselamatan antaranya polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung. – 13 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related