Letak SPRM, Petronas di bawah Agong: Ia tak ganggu gugat Perlembagaan negara

Perdana Menteri berpandangan titah Sultan Johor itu boleh dibawa berbincang dengan baik

10:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, titah pandangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Petronas tidak akan menggugat kuasa serta Perlembagaan negara.

Menurut beliau, titah itu boleh dibincangkan atau dirunding dengan baik.

“(Titah Sultan Johor) itu hanya lontarkan pandangan dan kita bincanglah, bagi saya tiada masalah. Ia tak langsung akan menggugat kuasa dan peruntukan Perlembagaan negara.

“Kita boleh berunding dengan baik tetapi prinsip Perlembagaan (iaitu) Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan itu tetap dipertahankan dan kita junjung prinsip yang sama.

“Jadi tidak harus ada kebimbangan kalau ada kenyataan-kenyataan, pandangan termasuk (titah) daripada Sultan Johor, pandangan ini kita boleh bincang tetapi ia tidak mempengaruhi dasar negara dan prinsip kita mengenai Raja Berperlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas melancarkan pameran ‘Perjalanan Menelusuri Seni Islam’ dan ‘Alif Lam Ra: Kaligrafi Kontemporari Muslim’ sempena sambutan ulang tahun ke-25 Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini, malam ini.

Yang hadir sama isteri beliau, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini bertitah mahu lebih banyak tanggungjawab diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, termasuk pemantauan secara terus terhadap SPRM dan malah Petronas.

Sultan Ibrahim yang akan menjadi Yang di-Pertuan Agong tak lama lagi bertitah, dua badan itu perlu melapor secara terus kepada Istana Negara berbanding Parlimen.

Dalam wawancara bersama The Straits Times Singapura, baginda menyuarakan hasrat untuk membanteras rasuah.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau hanya melontarkan pandangannya ketika diminta mengulas mengenai titah Sultan Johor itu. – 12 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related