Kes Zayn Rayyan: Polis periksa rumah ke rumah kesan, kumpul lebih banyak bukti malam ini

Dianggarkan kira-kira 25 anggota polis turut berada di sekitar kawasan tersebut

9:21 PM MYT

 

PETALING JAYA – Polis meneruskan pemeriksaan dari rumah ke rumah di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam ini bagi membantu sisatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Pemeriksaan membabitkan anggota dari Unit Forensik dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) itu dilakukan bagi mengesan dan mengumpul lebih banyak bukti yang boleh membantu siasatan.

Pasukan itu dilihat meninggalkan blok terbabit pada jam 10.30 malam.

Sebelum itu, tiga kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebuah kereta peronda dilihat memasuki kawasan Blok R.

Dianggarkan kira-kira 25 anggota polis turut berada di sekitar kawasan tersebut.

Anggota polis dilihat bergerak ke tingkat dua dan tiga blok terbabit pada jam 8.44 malam.

Terdahulu, seekor anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM dibawa masuk ke blok tersebut petang tadi.

Anjing pengesan terbabit bersama-sama dengan lima anggota Unit K9 dilihat memasuki blok tersebut kira-kira jam 5.15 petang bagi mengesan bahan bukti baharu kes pembunuhan kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Bagaimanapun, unit tersebut dilihat meninggalkan lokasi pada jam 5.35 petang.

Scoop sebelum ini melaporkan Zayn Rayyan disedari hilang sejak pukul 12.30 tengah hari Selasa lalu, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Usaha pencarian dijalankan polis dengan dibantu anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan anjing pengesan Unit K9, membabitkan kawasan belukar dan longkang berhampiran dalam radius kira-kira 300 meter.

Dia kemudian ditemui tidak bernyawa sehari kemudian di kawasan anak sungai, berhampiran kediamannya.

Menurut kenyataan polis, sungai berkenaan terletak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah kanak-kanak itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, pada sidang akhbar berkata Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di tempat lain, bukan di lokasi mayatnya ditemukan.

Susulan penemuan itu, polis giat menjalankan siasatan terperinci bagi memburu suspek menerusi pelbagai kaedah.

Kes terbabit turut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – 12 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related