Pilih teknokrat berbanding ahli Parlimen: Amir Hamzah kompeten, kata PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemilihan bekas CEO KWSP sebagai Menteri Kewangan Kedua mendapat sokongan semua pihak

12:52 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua kerana kecekapan dan kemampuannya terutama dalam menguruskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemilihan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP itu juga mendapat sokongan semua pihak.

“Kementerian Kewangan yang diterajuinya memerlukan pasukan profesional yang kuat dalam memastikan tumpuan ekonomi negara berada pada landasan tepat.

“(Juga) tanpa dipengaruhi tekanan politik dan beliau (Amir Hamzah) telah menunjukkan kompeten (kecekapan) dan menguruskan KWSP dengan cara yang sangat mengagumkan dan memuaskan,” katanya pada sidang akhbar pengumuman barisan Kabinet baharu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pemilihan tokoh korporat itu berbanding ahli Parlimen sedia ada.

Amir Hamzah yang menyertai KWSP pada 2021 merupakan anak sulung kepada bekas Pengerusi dan Presiden Petronas, Tun Azizan Zainul Abidin.

Sebelum dilantik sebagai CEO KWSP, beliau mengetuai Tenaga Nasional Bhd (TNB) sejak 2019 dan mempunyai pengalaman lebih 27 tahun dalam dunia korporat.

Amir Hamzah pernah berkhidmat di Kumpulan Syarikat Shell, MISC Bhd, Petronas Dagangan Bhd, Petronas Lubricants International, Icon Offshore Bhd, dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.

Amir Hamzah memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan dengan pengkhususan Kewangan dan Ekonomi dari Universiti Syracuse, New York. – 12 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related