Polis rakam keterangan Kit Siang Rabu ini

Ia susulan kenyataannya yang menyentuh kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai PM di blog miliknya

11:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil keterangan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berhubung kenyataannya yang menyentuh kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri pada Rabu ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, polis sedang menjalan siasatan terhadap kandungan penulisan tersebut yang dimuat naik di blog Limkitsiang.com pada 30 November lalu.

“Rakaman percakapan itu akan diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/ Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kerana kes masih dalam siasatan.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa prihatin terhadap isu sensitif dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keharmonian negara,” katanya.

Pada Khamis lalu, Kit Siang berkata, polis sedang mencari beliau susulan kenyataannya di Manchester ketika berucap di hadapan pelajar Malaysia, bahawa Perlembagaan Malaysia pada 1957 mahupun selepas dipinda pada 1963 ketika Malaysia dibentuk, tidak menyekat mana-mana orang bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dilaporkan berkata, beliau berharap Malaysia tidak perlu menunggu lama seperti Amerika Syarikat (AS) untuk mempunyai pemimpin daripada kalangan minoriti.

Beliau merujuk kepada pelantikan bekas Presiden AS, Barack Obama yang menjadi orang kulit hitam pertama dipilih menerajui negara itu, kira-kira 230 tahun selepas AS mencapai kemerdekaan.

Susulan kenyataan Kit Siang itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Hasmuni Hassan, dilaporkan berkata kenyataan veteran DAP berkenaan menunjukkan sikap sebenar parti diwakilinya, dan dianggap tidak sesuai dengan situasi semasa di Malaysia. – 11 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Zii Jia’s payment sponsorship-based, not for national representation, says BAM admin head

This as badminton body’s sponsors differ from star shuttler’s, says Michelle Chai

Bar Council’s challenge of Pardons Board decision to reduce Najib’s sentence is ‘unprecedented’: Hamid Sultan

Retired judge says he has never heard of an attempt to impair a prisoner's constitutional rights, or an injunction to restrict their rights

Related